Betul Ke Bercinta Dengan Mereka Yang Penah Dilukai Ini Lebih Membahagiakan?

 

Apabila pasangan tersebut tidak mempunyai jodoh yang kuat, maka perpisahan akan terjadi antara mereka. Bahkan salah seorang daripada mereka ini pasti akan merasa sangat terluka berikutan kejadian itu. Manakala seorang lagi, akan lebih mudah untuk mencari pengganti pasangan mereka. Ada yang menyatakan bahawa bercinta dengan mereka yang terluka ini lebih membahagiakan daripada pasangan yang tidak terluka. Mengapa begitu?



Orang yang pernah merasai terluka ini dikatakan lebih pandai menghargai pasangan mereka. Hal ini kerana, kesakitan lalu mengajar mereka untuk menghargai apa yang ada di depan mata. Bahkan mereka percaya bahawa mereka yang datang selepas dirinya terluka ini pasti lebih membahagiakan dirinya berbanding si dia sebelum ini. Sebab itu dia lebih menghargai yang sekarang.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan lebih berhati-hati di dalam hubungan tersebut. Di mana mereka ini akan memberi sepenuh perhatian terhadap pasangan mereka ini. Mungkin dahulu, kerana kelalaian dirinya menyebabkan bekas kekasihnya mengambil kesempatan terhadap dirinya. Jadi sudah pasti dia tidak mahu perkara seperti itu berlaku lagi.

Selain itu juga, dia seorang yang lebih memahami tindakan seseorang. Di mana mereka ini akan cuba untuk memahami apa yang perasaan mereka rasakan terhadap sesuatu isu. Hal ini kerana, mungkin kesilapan dahulu seperti kurang memahami menyebabkan pasangannya itu mencari peluang untuk berlaku curang.


Boleh jadi juga mereka ini tidak akan melakukan perkara yang melukakan hati anda. Sebagai contoh, dirinya tahu bagaimana rasa ditipu, serta dicurangi. Maka dia tidak akan melakukan perkara tersebut kerana dia tahu bertapa sakitnya apabila diperlakukan sebegitu. Jadi anda sangat beruntung jika memperolehi pasangan sebegini.

Tidak lupa juga, orang yang penah dilukai ini dikatakan lebih mudah untuk dibawa berbincang. Di mana dia bijak mengawal emosi dan tindakan dirinya. Mana tidaknya pengajaran lalu telah mengajar dirinya untuk lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukan. Jika tersilap langkah, mungkin dirinya akan terluka ataupun kehilangan mereka yang terbaik.

Kesimpulannya, mereka yang terluka ini biasanya adalah mereka yang terbaik untuk dijadikan calon pasangan. Hal ini kerana, hubungan lalu telah banyak mengajar mereka untuk lebih bijak mengawal perhubungan. Tetapi mereka ini bukan dikategorikan sebagai playboy atau playgirl ye.


 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,709 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen