Antara Sikap Buruk Lelaki Yang Wanita Tidak Suka.

 

Seperti yang kita tahu wanita adalah seorang manusia yang sangat sensitif. Jika tidak mengalirkan air mata dihadapan orang ramai, pasti akan teresak di bucu katil setiap malam. Ada wanita yang lantang bersuara dengan sikap lelaki yang tidak menyenangkan hatinya, tetapi ada juga sebahagian wanita hanya mendiamkan diri daripada berkata-kata, takut si lelaki pula yang berkecil hati.

Jom ketahui antara sikap buruk lelaki yang dilakukan tanpa sedar telah menyakiti hati wanita. Jika anda lakukan pada teman wanita atau isteri anda, pasti mereka akan makan hati setiap hari.



1. Kritikan sentap.

Lelaki memang akan beritahu sesuatu perkara secara direct dan tidak tahu untuk berkias. Oleh sebab itu setiap perkara yang dilihat dengan mata kasarnya, terus diluahkan apa yang difikirkan dimindanya.

“Warna kuning tak cantik…”

“So, u nak cakap I nampak macam pisang ke?”

Hmmm, well….

2. Terlalu mengongkong.

Apabila terlalu menyayangi dan mencintai, lelaki akan menjadi seorang yang obsess dan protective terhadap kekasih hatinya. Mereka terlalu takut jika kekasihnya curang dan digoda oleh lelaki lain. Lalu mereka menjadi terlalu mengongkong dan mahu mengetahui segala ‘update’ tentang kekasihnya. Tetapi jika kekasih hatinya mahu mengetahui rutin harian mereka, tahu pula rimas.

3. Lelaki yang melayan wanita seperti robot.

Adakah seorang wanita itu tiada hati dan perasaan? Memang tidak dinafikan wanita zaman sekarang mampu untuk melakukan sebarang kerja dengan secara berdikari. Tetapi ingat, wanita bukan robot ya! Ringankan tulang untuk membantu mereka walaupun tidak diminta tolong.



4. Berkata-kata kesat dan lucah.

Andai seorang lelaki itu sudah terbiasa berkata-kata kesat, kasar dan lucah dengan rakan-rakannya, sudah pasti ia akan menjadi kebiasaan untuk melontarkan kata-kata tersebut pada sesiapa sahaja. Jadi untuk lelaki diluar sana, didiklah diri untuk berkata-kata sopan dan baik, supaya dapat melahirkan zuriat yang baik juga. Insya Allah.

5. Panas baran.

Anda bukan sahaja panas baran, anda juga tidak mampu mengawal amarah apabila di depan orang ramai. Anda terlalu mementingkan diri sendiri supaya hati anda puas melontarkan maki-makian. Jika sebegini rupa sifat anda sebelum berkahwin, pasti ramai wanita takut untuk mendekati anda.

6. Terlalu mengharapkan kesempurnaan.

Semua lelaki memang suka melihat kecantikan pada seorang wanita. Anda mahukan wanita yang memiliki tubuh badan yang molek dan cantik, putih gebu, mata bundar, memiliki lesung pipi, wajah bujur dan muka yang tidak kusam. Adakah wanita yang terlalu sempurna sebegitu? Patutlah sukar bertemu jodoh.

Selain daripada itu, wanita juga tidak suka lelaki yang suka menipu dan tidak jujur semata-mata untuk menutup kesalahan sendiri. Berterus-terang sahaja. Dengan sikap begini anda akan tahu jika wanita tersebut memang betul-betul untuk anda atau tidak.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,557 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen