Tanda-Tanda Pasangan Anda Tidak Berikan Kerjasama Dalam Hubungan Anda.

 

Untuk dapatkan satu hubungan yang bahagia ia perlu datang dari kedua-dua belah pihak. Baik lelaki mahupun wanita dua-dua perlu saling menunjukkan usaha untuk memastikan hubungan yang terbina itu berjalan dengan lancar. Jika salah seorang tidak memberikan kerjasama dengan baik, ia hanya mendatangkan keburukan kepada pasangan. Bahkan pasangan yang terlalu banyak memberi dan berusaha untuk membuat hubungan itu berhasil juga akan terluka. Mari kita ambil tahu akan ciri-ciri pasangan yang tidak berjuang bersama dalam hubungan.



1. Anda lebih banyak mengalah dalam setiap hal.

Dalam setiap pergaduhan mahupun rajukan, anda harus mengalah demi menjaga hubungan anda. bukan itu sahaja, anda juga yang akan pergi memujuk dirinya jika dia tidak berpuas hati atau marahkan sesuatu perkara. Banyak perkara yang anda lakukan itu adalah untuk membuat hubungan anda itu kelihatan begitu serius dan membahagiakan tetapi dirinya hanya membiarkan anda mengalah tanpa rasa bersalah pada anda.

2. Kata maaf lebih banyak keluar dari mulut anda.

Jika dirinya melakukan kesalahan anda yang perlu meminta maaf, tetapi jika anda yang melakukan salah pelbagai kata yang diucapkan kepada anda. Dirinya tidak pernah mengucapkan kata maaf untuk setiap kelakuan yang menyakiti hati anda bahkan dirinya hanya membiarkan anda memujuk diri sendiri dalam setiap perkara.

3. Dirinya kerap menyalahkan anda.

Apabila berlaku pergaduhan, dirinya akan menyalahkan anda atas semua perkara yang berlaku. Sedangkan masalah itu berlaku berpunca dari salah faham sahaja. Namun tetap anda juga yang dipersalahkan. Walaupun kadang kala kesalahan itu datang dari pihaknya seperti rakan-rakannya atau mood dirinya, namun anda juga yang bersalah. Kira semua salah anda lah.

4. Bila dihadapan orang anda kelihatan bahagia.

Namun disebalik anda sahaja yang berusaha untuk membuat hubungan bahgia, dirinya mengambil langkah untuk berbuat baik dihadapan orang. Di mana dia ingin menunjukkan bahawa dia memiliki satu perhubungan yang baik serta membahagiakan dirinya. Maka orang lain pasti tidak akan tahu bahawa kalian itu bermasalah.



Hubungan ini memerlukan usaha sama dari dua pihak. Jangan anda hanya melepaskan tangan dan berharap bahawa pasangan anda itu akan memberi kebahagiaan kepada anda. Anda dan dirinya seharusnya berusaha memberikan kebahagiaan antara satu sama lain.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,495 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen