Jangan Terlalu Lama Pendam Perasaan, Jika Tidak Cuba Anda Tidak Tahu Isi Hatinya.

 

Baik lelaki atau wanita pasti mempunyai seseorang yang diminati, disukai atau dicintai dari jauh. Atau dalam erti kata lainnya ialah crush. Untuk meluahkan satu perasaan terhadap seseorang itu sememangnya memerlukan satu kekuatan dan keberanian yang cukup. Mana tidaknya, ketika anda meluahkan perasaan tersebut, anda tidak tahu apa reaksi dirinya terhadap anda. Namun begitu, anda tidak boleh memendam terlalu lama perasaan anda. Mari ketahui sebabnya.



1. Anda akan berasa lebih lega dan tenang.

Untuk meluahkan perasaan itu memang berat dan payah. Tetapi jika anda tidak meluahkan ia akan menjadi beban di dalam hati. Bukan hanya itu sahaja, anda juga akan merasa sedikit tidak tenang apabila berhadapan dengan dirinya. Mungkin apabila anda luahkan perasaan, anda akan malu untuk bertemu dengan dirinya tetapi ia akan membawa maksud yang berlainan.

2. Fikiran akan lebih terarah kepadanya.

Semakin lama anda memendam perasaan anda, ia akan membuatkan anda terus terfikir atau tertumpu kepadanya. Sebagai contoh, anda ingin tahu sekiranya dirinya menyukai anda atau tidak, bahkan anda ingin tahu siapa anda dari pandangannya. Semuanya itu akan membuatkan anda menumpukan dirinya lebih dari perkara lain.

3. Anda akan rugi.

Jika anda tidak bertindak dengan pantas, kemungkinan dirinya akan mempunyai pasangan terlebih dahulu. Maka anda akan rugi terhadap satu perkara yang tidak penah anda cuba. Jika anda berani untuk meluahkan perasaan anda, tidak mustahil anda juga mempunyai peluang yang tidak disangka-sangka.


4. Anda tidak akan berharap lagi.

Apabila anda meluahkan rasa hati anda, anda akan bersedia untuk menerima penolakkan dari dirinya. Maka anda tidak akan berharap dengan sesuatu perkara yang tidak pasti. Sebagai contoh, anda mula move on sekiranya dirinya menolak anda. Tetapi anda juga mungkin menjalinkan hubungan dengannya apabila dirinya juga turut mempunyai perasaan yang sama dengan anda.

Mungkin agak sukar untuk meluahkan rasa perasaan kita terhadap seseorang. Kita tidak tahu apa yang dirinya rasakan dan tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Jadi tidak salah untuk anda mencuba. Jika ditolak anda akan lebih cepat move on mencari yang lain.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 593,587 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen