Jangan Ingat Lelaki Tidak Pandai Merajuk. Mereka Juga Perlu Dipujuk Dengan 5 Kaedah Ini.

 

Setiap wanita pasti merasakan “Apalahhh, lelaki pun nak merajuk. Tak macho lah”. Jangan ingat lelaki macho tiada taman di dalam hati. Apabila telah berkahwin ketahuilah anda bahawa lelaki adalah seorang insan yang kuat merajuk nanti. Malah mereka sebenarnya lebih beremosi ketika sedang hangat bercinta kerana mahukan perhatian daripada pasangannya.



BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI SEORANG LELAKI ITU SEDANG MERAJUK?

Untuk mengesan mereka sedang merajuk adalah apabila mereka cuba mendiamkan diri dan menjauhkan diri daripada anda. Kadang-kala mereka akan cuba mengelak untuk bertentangan mata. Jika mereka bertindak sebegini anda perlu…

1. Mengalah dan meminta maaf.

Kadang-kala wanita juga mempunyai egonya yang tersendiri kerana mahu menguji pasangannya. Jika benar sayang pada pasangan, ringankan mulut untuk meminta maaf walaupun kadang-kala anda seperti tidak berpuas hati. Pahit untuk diterima. Tetapi dengan tindakan sebegini sebenarnya membuat anda lebih matang, positif dan pasangan anda tidak jadi untuk meneruskan pergaduhan.

“Mengalah bukan bermaksud kalah..”

2. Berbincang dari hati ke hati.

Berbincang lah untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan biar hati yang marah menjadikan hubungan anda retak. Bincang dengan hati yang terbuka dan mengakui kesalahan masing-masing. Jangan biarkan ego anda mengatasi segalanya. Selami hati pasangan anda dengan mendalam kerana anda akan lebih tahu mengenai isi hatinya nanti.



3. Hantar audio atau tulis nota ringkas.

Tuliskan kata-kata maaf anda pada nota kecil berwarna-warni untuk menarik perhatian si dia. Dari sini pasti si dia nampak usaha anda yang benar-benar mahu memujuk mereka. Jika mahu kelihatan lebih moden, hantarkan kata-kata maaf anda melalui voice note seperti yang ada pada whatsapp. Pasti nanti hatinya mudah terhibur.

4. Candle Light Dinner.

Usaha dengan memasak makanan kegemaran si dia dan lakukan untuk candle light dinner. Berhias sedikit untuk si dia sejuk memandang dan pakailah wangi-wangian supaya hatinya tenang apabila dipujuk. Tidaklah matanya serabut apabila melihat pasangannya yang selekeh nanti.

5. Berikan kejutan.

Berikan sedikit kejutan seperti memberi mereka hadiah. Jika selama ini  si dia sering merungut mahukan sesuatu barang yang ingin dimiliki, mungkin ini masanya untuk anda tunaikan hajatnya. Lelaki tidak suka kejutan yang terlalu gah seperti belon-belon yang bergantungan, birthday party sehingga menjemput ramai orang. Kejutan hadiah yang simple sudah memadai. Tidak perlu bagi barang yang terlalu mahal.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,055 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen