Alasan-Alasan Untuk Seseorang Melakukan Kekerasan Dalam Hubungan.

 

Melakukan satu kekerasan terhadap pasangan adalah satu perkara yang biasa kita dengar. Ramai yang menyatakan bahawa seseorang yang terlalu sayang terhadap pasangannya itu sanggup bertahan dengan segala keganasan yang dilakukan. Bukan itu sahaja, mereka ini lebih untuk mendiamkan diri berbanding untuk melarang pasangannya melakukan perkara tersebut terhadap dirinya.



Namun, mengapa seseorang itu sanggup mengasari pasangannya itu? Sudah pasti ia mempunyai pelbagai sebab dan alasan yang tersendiri mengapa dirinya itu melakukan tindakan tersebut. Tetapi terdapat beberapa pekara yang kerap dijadikan alasan mereka ini.

Alasan yang biasa digunakan adalah kerana sayang. Apabila terlalu sayang mereka ini dikatakan akan melakukan satu tindakan diluar kawalan mereka. Sebenarnya, alasan sayang itu hanya sebagai satu cara untuk mereka hilangkan rasa bersalah mereka. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan satu alasan yang sengaja dicipta untuk memastikan bahawa pasangannya itu tidak menyalahkan dirinya. Bahkan ia juga cara untuk dirinya menyelamatkan diri.


Bukan itu sahaja, pasangan yang melakukan keganasan ini juga akan menyatakan bahawa mereka ini mempunyai satu perasaan dimana ia takut ditinggalkan. Ia hanya menunjukkan bahawa ia melakukan perkara tersebut untuk menyelamatkan hubungannya. Bukannya untuk membuat pasangannya itu meninggalkan dirinya. Bahkan ia juga menunjukkan bahawa dirinya terlalu sayang akan pasangan anda. Jadi dirinya merasakan dengan melakukan keganasan ia akan membuatkan pasangannya itu tidak meninggalkan dirinya.

Selain itu juga, perasaan terlalu bergantung terhadap pasangan juga boleh membuatkan seseorang itu melakukan kekerasan. Sebagai contoh, penagih dadah, jika selama ini pasangannya itu membantu dirinya tiba-tiba ia tidak membantu, maka ia akan menggunakan kekerasan sebagai salah satu cara untuk menguggut pasangannya itu.

Namun begitu, anda perlu tahu perkara lain adalah seperti cemburu buta dan sikap panas baran juga merupakan punca kepada kekerasan. Jadi tiga perkara di atas itu hanya sebagai satu alasan yang kerap kali si pelaku lakukan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,914 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen