Apa Perasaan Wanita Ketika Sedang Menunggu Lamaran Pasangannya?

 

Setiap wanita pasti impikan berkahwin dengan seseorang yang dicintainya. Sebab itu apabila mejalinkan hubungan cinta dengan seseorang begitu lama ia akan membuatkan seorang wanita begitu tertunggu-tunggu, bilakah pasangannya itu akan melamar dirinya. Dalam sedang menunggu sesuatu yang tidak pasti itu, pasti pelbagai perkara yang akan bermain di dalam fikiran mereka. Mari ketahui apa yang mereka selalu fikirkan.



Yang pertama boleh dilihat ialah, perasaan menunggu yang tidak pasti ini sudah pasti perlukan kesabaran yang tinggi. Penat memang penat apabila kita terlalu meletakkan pengharapan tetapi di sana tidak mengerti. Setiap orang ada tahap kesabarannya, ada yang akan mula melakukan perangai apabila pasangannya itu hanya menyuruhnya sabar dan mengabaikan apa yang diinginkan. Mana tidaknya sudah menjadi kebiasaan wanita mudah rasa cemburu apabila melihat rakan-rakannya sudah berkahwin.

Seorang wanita inginkan satu kepastian dari pasangannya. Di mana dirinya hanya ingin tahu sekiranya pasangannya itu benar-benar serius ataupun tidak. Wanita yang bercinta bertahun-tahun lamanya ini bukan menanti janji-janji kosong oleh pasangannya. Mereka juga tidak mahu mendengar sebarang alasan serta rayuan. Apa yang mereka tahu anda tunaikan janji anda jika anda mampu lakukannya dan berlaku jujur kepadanya jika anda tidak mampu untuk lakukannya.


Setelah lama menunggu, pasti ia akan membuatkan wanita tersebut rasa sakit hati. Mana tidaknya, dirinya rasa dipermainkan sedang selama ini dirinya mengharapkan satu perhubungan yang serius. Jika tidak buat apa dirinya mempertahankan hubungan tersebut selama ini. Anda perlu tahu wanita perlukan lelaki yang serius dengannya mengenai masa depannya.

Wanita lebih memilih seorang lelaki yang berani. Berani berdepan dengan orang tua mereka, berani untuk mengajaknya berkahwin serta berani untuk meminangnya. Bukannya lelaki yang hanya memberi alasan sahaja. Walaupun lelaki yang memberi alasan itu begitu hebat, tetapi ia belum cukup hebat di mata wanita tersebut. Hal ini kerana, alasan itu percuma dan mudah, manakala keberanian itu perlukan kekuatan dan kesungguhan.

Buat lelaki yang hanya berjanji serta membuat seorang menanti-nantikan anda, cuba untuk usahakan agar anda tidak mengecewakan dirinya. Beranikan diri anda untuk pikul tanggungjawab serta memberi komitmen terhadap satu hubungan yang serius. Bukannya memberi janji palsu yang menguji kesabaran seorang wanita.


 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,077 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen