Jika Anda Mencintai Seorang Gadis Yang Complicated, Jangan Lakukan 8 Perkara Ini.

 

Wanita memang dilahirkan sebagai makhluk yang complicated atau merumitkan. Ini kerana mereka berupaya untuk melengkapi kehidupan lelaki setelah berkahwin. Jika wanita tiada perasaan yang merumitkan ini, maka sesuatu perhubungan itu seakan-akan membosankan sebenarnya.



Jika ada seorang wanita mengatakan mereka tidak complicated, itu cuma sebahagian sahaja. Namun apabila dalam hubungan percintaan, wanita akan menjadi terlalu kompleks sebenarnya. Jangan risau jika anda mencintai seorang wanita yang complicated, maka anda perlu bertolak ansur supaya hubungan percintaan itu seimbang….

Jadi, apa yang anda perlu elakkan adalah…

1. Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk reply whatsapp.

Jika anda sibuk, balas sahaja anda sibuk. Dan beritahu si dia bahawa anda akan menghubungi mereka kelak. Jika anda benar-benar tidak dapat membalas whatsapp si dia pada saat itu, jangan lupa minta maaf dan beritahu hal sebenar. Mudah kan?

2. Jangan membuatkan si dia sering mengandai perkara negatif tentang anda.

Bagaimana untuk membuatkan si dia percaya dengan perkara yang anda lakukan? Yakin! Jangan kelihatan terlalu ragu-ragu dalam apa jua situasi dan jawapan yang diberi. Namun, jika anda menipu itu lain pula ceritanya.



3. Jangan reply whatsapp dengan sepatah perkataan.

Setiap soalan yang diberi, anda hanya menjawab sepatah dan sepatah. Kelakuan sebegini juga akan membuatkan si dia membuat andaian yang bukan-bukan tentang anda kelak.

4. Jangan mengelak apabila disoal.

Wanita memang dilahirkan suka bercakap dan bertanya tanpa henti. Jadi, persiapkan diri anda untuk menjawab soalan kekasih dengan telus. Jika anda ragu-ragu, mengelak dan tidak bertentang mata, pasti ada sahaja andaian buruk mengenai anda di mindanya.

5. Jangan membuatkan si dia rasa dirinya psiko, gila atau terlalu emosi.

Wanita complicated ini memang kadang-kala sangat dramatik, dan kadang-kala lelaki mana sahaja yang tahan apabila teman wanitanye berkelakuan pelik. Jadi, sebagai seorang lelaki gentleman jangan sesekali membuatkan mereka rasa dirinya macam orang gila. Terima lah mereka seadanya.



6. Jangan sesekali menyimpan rahsia.

Jika terlalu banyak rahsia yang disimpan, kelak pasti si dia sudah tidak mempercayai anda.

7. Jangan hilang khabar berita.

Si dia mengetahui anda keluar lewat hingga malam bersama sahabat. Tetapi jika si dia bangun dari tidur dan tidak menerima apa-apa pesanan ringkas atau whatsapp daripada anda, pasti si dia sudah mula memikirkan pelbagai andaian yang buruk mengenai anda.

8. Jangan mengelak untuk menceritakan mengenai kisah silam anda.

Wanita yang complicated sudah tentu terlalu banyak berfikir. Daripada perkara kecil hingga la tentang isu yang serius. Jika boleh wanita ini mahu mengorek rahsia anda pada masa silam, jadi jika mereka bertanya soalan tentang kisah silam, cerita sahaja apa yang si dia mahu tahu. Mungkin dengan cara begitu, mereka berpuas hati.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,271 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen