Hati Dah Bersedia Untuk Berkahwin, Tetapi Jodoh Belum Sampai…

 

Pasti ramai yang mengalami situasi begini. Dengar umur yang semakin meningkat, pasti sudah banyak persiapan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Cuma, jodohnya masih tercari-cari, bayang juga masih belum kelihatan.

Tanda-tanda anda sudah bersiap sedia untuk berkahwin adalah seperti…

  • Sudah ada simpanan untuk berkahwin.
  • Sentiasa melihat website/majalah tentang perkahwinan.
  • Sentiasa mendapatkan nasihat dari orang yang lebih berpengalaman dalam rumah tangga.
  • Bersungguh-sungguh perbaiki diri dan mendekatkan diri pada Ilahi.
  • Kemudian bersungguh-sungguh berdoa tentang jodoh.
  • Mempunyai perancangan tentang perkahwinan.
  • Lantang berbicara tentang perkahwinan dengan kedua ibu-bapa.
  • Malah sentiasa berbual tentang persediaan untuk berkahwin dengan sahabat handai.

Tetapi calon pula masih belum nampak bayang. Mengapakah hal ini terjadi?

KERANA MENGANGGAP JODOH TAKDIR SEMATA-MATA

“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia mesti menerima jodohnya baik ataupun buruk”

Dengan kenyataan sebegini anda seolah-olah menganggap jodoh itu takdir Allah semata-mata sehingga ia tidak boleh dipilih. Jangan lah berpendapat sebegini kerana anda seakan-akan menyalahkan Allah jika mengalami masalah dalam rumah tangga kelak, seperti…

“Sudah takdir Tuhan, jodoh saya dengan si dia sampai di sini sahaja”.

KERANA MENGANGGAP JODOH ITU TAKDIR DAN PERLU MENCARI

“Jodoh di tangan Tuhan tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya”

Kebiasaannya manusia akan mencari yang sempurna sahaja kerana ia hanya mengikut keinginan sendiri atas pertimbangan tertentu yang bersifat peribadi. Jadi, mereka lebih cenderung mencari yang sempurna dari segi paras rupa, banyak harta, berpendidikan tinggi atau berkerjaya.

Jika terlalu mencari yang sempurna (perfect) pasti kita menjadi terlalu memilih. Dan akhirnya sukar untuk bertemu jodoh.

TETAPI JODOH ITU WAJIB BERIKHTIAR SESUAI DENGAN KETENTUAN ALLAH

“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan”

Berkenaan dengan jodoh ini, kita sebagai manusia perlu memilih pasangan yang sesuai menurut Islam. Pasangan yang menggunakan kecantikan dan harta yang berlandaskan Islam, malah memiliki ahli keluarga yang baik keturunannya.

Kita sendiri memang merasakan sudah bersedia untuk berkahwin, tetapi bagaimana pemilihan kita untuk mencari bakal suami/isteri? Adakah kita berikhtiar mencari dan memilih yang sesuai dengan ketentuan Ilahi? Renungkan kembali. Moga bermanfaat.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,220 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen