Panggil Pasangan Dengan Kata-Kata Yang Kasar, Adakah Itu Tanda Sayang?

 

Bagaimana untuk tahu bahawa pasangan anda sangat sayang akan anda? Senang sahaja, anda boleh lihat kesungguhannya dari pelbagai aspek. Sebagai contoh, cara dirinya memanggil anda, melayani anda, serta kelakuannya terhadap anda. Dan sudah tentu lah semua kelakuan itu bermaksud kebaikan kepada anda dan juga pasangan anda.



Seperti yang kita tahu memanggil pasangan dengan perkataan sayang adalah salah satu cara untuk mendapatkan satu hubungan yang harmoni. Kata-kata sayang itu mungkin sudah terlalu biasanya, maka sebab itu terdapat kata panggilan lain seperti gemuk, pendek, comot dan pelbagai lagi terhadap pasangan. Adakah kata-kata itu juga menunjukkan kasih sayang? Mari ketahuinya.

Mungkin pasangan tersebut hanya ingin mewujudkan satu suasana yang santai bersama pasangannya. Di mana penggunaan kata sayang itu mungkin kelihatan sedikit formal bagi mereka. Bahkan panggilan seperti pendek ataupun gemuk itu bukan berlaku dengan kerap sehingga pasangan terasa.

Bukan itu sahaja, pasangan anda juga pasti dapat membezakan antara kata-kata yang bergurau ataupun kata yang kasar. Hal ini kerana, penggunaan nada sudah pasti berlainan. Bukan itu sahaja, keadaan dan situasi itu berlaku juga berlainan. Jadi pasangan pasti dapat membezakan sama anda itu panggilan manja ataupun hendak memperli dirinya.


Namun begitu, panggilan seperti ini akan memberi kesan yang negatif kepada pasangan anda. Mana tidaknya, lama kelamaan pasangan akan terasa dengan kata tersebut, lalu membuatkan dirinya hilang keyakinan diri. Dirinya akan merasakan bahawa ia menjadi bahan lawak untuk anda walaupun niat sebenar anda hanya ingin bergurau.

Hubungan ini memerlukan rasa saling menghormati dan dihargai. Tetapi jika kelakuan anda memanggil pasangan melalui sisi negatifnya ia sudah pasti akan membuat pasangan anda rasa sebaliknya. Tidak salah untuk memanggil nama seperti ini, tetapi jangan terlalu kerap. Adalah lebih elok jika anda menggunakan panggilan sayang terhadap pasangan anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,894 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen