5 Tanda Lelaki Itu Sukakan Anda.

 

Lelaki ini sukar dibaca kelakuannya. Hal ini kerana mereka ini pandai menyimpan apa yang mereka rasakan. Mereka juga pandai menyembunyikan rasa hati mereka. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Jangan ingat perasaan yang disembunyikan itu mampu disimpan selamanya. Sudah pasti dirinya akan melakukan beberapa perkara sehingga anda boleh menghidu jika dia menyukai anda ataupun tidak. Jom ketahuinya.



1. Memuji anda.

Perkara yang paling kerap dilakukan oleh orang lelaki apabila menyukai seseorang adalah dengan memuji orang tersebut. Ha, jadi jika dia kerap memuji anda bukan hanya nak minta dibelanja sahaja tetapi boleh jadi juga dalam diam dia sukakan diri anda. Jadi apabila dia memuji anda bermakna dirinya suka akan penampilan atau kelakuan anda itu.

2. Pernampilan yang berlainan apabila berhadapan dengan anda.

Selama ini anda lihat dirinya tidak lah terlalu bergaya ataupun apabila berhadapan dengan orang lain dia biasa-biasa sahaja tidak lah bergaya. Tetapi apabila berdepan dengan anda, dia akan pasti akan dirinya sedap dipandang oleh anda. Sebagai contoh, dirinya akan memastikan rambutnya tersusun rapi, pakaiannya bergosok ataupun berbau harum dan pelbagai lagi lah.

3. Suka bergurau dengan anda.

Selain memuji, orang lelaki juga kerap menyakat atau bergurau dengan seseorang yang disukai. Disini lah mereka mula ingin bermanja dengan anda dalam senyap. Bukan itu sahaja, dirinya juga cuba untuk mendekati anda dengan gurauan. Siapa sangka dengan gurau ataupun pickup line yang diberikan itu mampu menambat hati anda. Siapa tahu.


4. Cuba mencari perhatian anda melalui hal yang kecil.

Anda jangan terkejut sekiranya dirinya itu tiba-tiba tersenyum kepada anda. Mana tidaknya, mereka ini sengaja untuk menunjukkan bahawa manisnya senyuman mereka ini kepada anda. Bukan itu sahaja, dia akan mencari perhatian anda dengan berbual hal yang remeh namun menarik minta anda.

5. Mencari persamaan dengan anda.

Paling utama dan jelas apabila dia sengaja mencari tahu mengenai anda. bukan itu sahaja, dirinya juga akan seolah-olah mempunyai minat yang sama dengan anda. Itu pertunjuk yang paling jelas anda boleh lihat. Mana tidaknya mereka lakukan ini untuk mengetahui adakah anda mempunyai cita rasa sama dengannya atau tidak.

Tetapi jika anda lihat si dia mempunyai tanda seperti ini, jangan terus cair pula. Mula lah jual mahal sedikit baru lah anda lihat usahanya yang gigih untuk memikat hati anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen