Tanda-Tanda Si Dia Mungkin Akan Melakukan Kekerasan Terhadap Anda.

 

Bercinta itu sememangnya menyeronokkan. Tetapi lagi seronok sekiranya pasangan tidak melakukan sebarang kekerasan serta keganasan terhadap anda. Namun begitu, pasti sukar untuk menilai seseorang ketika dalam perkenalana bukan? Tapi anda boleh melihat tingkah laku mereka ketika di awal perhubungan kalian. Macam mana nak tahu? Jom ikuti ini.



1. Mula cemburu yang belebihan.

Tanda yang pertama anda boleh lihat kepada si dia adalah tahap cemburunya. Jika dia cemburu manja atau biasa-biasa sahaja itu adalah perkara normal. Yang menjadi luar biasanya adalah mereka yang cemburu buta. Hal ini kerana, orang yang cemburu buta ini biasanya sukar mengawal kelakuan mereka. Jadi mereka lebih mengikuti perasaan berbanding fikiran mereka.

2. Pasangan yang mula menyekat kehidupan sosial anda.

Setiap orang mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang tersendiri. Maka, sudah pasti akan ada masa yang perlu diluangkan bersama mereka. Namun pasangan anda pula menghalang anda melakukan perkara tersebut. Malah mula menyekat dengan siapa yang perlu anda bergaul dan tidak. Dirinya juga memaksa anda untuk meluangkan lebih banyak masa kepadanya.

3. Perubahan mood secara tiba-tiba.

Jika anda bertemu dengan dalam keadaan dirinya tersenyum yang mengembirakan tetapi tiba-tiba mood dirinya berubah secara tiba-tiba tanpa anda tahu kesilapan yang telah membuat dirinya begitu. Hati-hati dengan mereka seperti ini, kemungkinan mereka untuk mengasari anda secara tiba-tiba juga tinggi.


4. Kerap menyalahkan orang lain dalam masalahnya.

Apabila seseorang mempunyai masalah, biasanya mereka ini akan lebih berusaha untuk menyelesaikannya bukan menyalahkan orang lain. Jika pasangan anda mempunyai ciri seperti ini anda harus mempertimbangkan semula hubungan anda dengannya. Boleh jadi nanti dia hanya akan melukakan anda dengan kelakuannya.

5. Membuat ugutan terhadap anda.

Jika dirinya telah melakukan ugutan untuk mengasari anda serta ia mampu mengancam keselamatan anda. Maka ia sudah pasti akan mengasari anda satu hari nanti, cuma cepat atau lambat sahaja. Jadi jika ia sudah membuat ugutan terhadap anda, tinggalkan sahaja diri mereka ini dan jangan mengharap bahawa mereka ini akan berubah.

Pasangan yang suka mengasari serta menggunakan kekerasan ini tidak layak untuk memiliki anda. Hal ini kerana, dirinya anda lebih layak untuk mendapatkan seseorang yang melindungi serta menghargai anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,839 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen