Untuk Menjadi Seorang Suami Mithali, Jangan Abaikan Tugas Untuk Mengurangkan Penat Isteri.

 

Isteri juga memerlukan masanya sendiri untuk melakukan perkara-perkara yang dia minat dan suka. Bukan suami sahaja yang memerlukan masa sendiri atau ‘Me Time’ seperti mengendalikan kereta kegemarannya , pergi tournament kereta atau motor, memancing dan seumpaman dengannya.

Seorang suami yang terbaik seharusnya mengizinkan seorang isteri untuk menikmati ‘Me Time’ bersama dengan sahabat baiknya, adik-beradik termasuk ahli keluarga atau saudara mara asalkan ia berlandaskan Islam dan mematuhi segala syarat-syarat perintah Allah SWT.



BAGAIMANA SEORANG SUAMI BOLEH MEMBANTU ISTERI UNTUK MENGURANGKAN BEBANAN RUMAH TANGGA?

Suami perlu memberi peluang kepada isteri untuk meluangkan masa bersama orang yang dia rapat. Jangan lah terlalu mengongkong isteri dan menghukum mereka seperti di dalam penjara. Oleh kerana itu, zaman sekarang ramai isteri terlalu tertekan untuk menguruskan rumah tangga dan meroyan atau meluahkan perasaan di sosial media.

Selain daripada itu, seorang suami juga seharusnya memberikan isteri mereka masa untuk mendapatkan tidur yang lena dan secukupnya. Sekiranya sepasang suami isteri itu memiliki anak kecil yang sentiasa berjaga pada tengah malam, bergilir-gilir untuk menjaga anak tersebut. Jangan lah hanya mengharapkan isteri 100% dalam menjaga anak ini. Anak juga perlukan belaian kasih sayang dari seorang ayah.

Jika seorang isteri tidak mendapat tidur yang secukupnya, mereka akan menjadi stress untuk menguruskan rumah tangga. Khuatir mereka terlalu mengikut emosi dan akan derhaka kepada suaminya sendiri. Untuk menguruskan rumah tangga juga akan hilang rasa ikhlas di hati.

Apabila isteri sedang meluangkan masa bersama orang yang dia rapat, jagakan anak-anak dengan aman. Oleh kerana itu pentingnya ilmu parenting pada setiap keluarga. Jangan lah hanya pandai memberi benih kepada isteri untuk melahirkan anak sahaja. Suami juga perlu tahu tanggung jawab untuk menjaga dan mendidik anak-anak.

Menurut kajian, anak-anak lebih kreatif dan rasional apabila dididik oleh bapanya sendiri.

Suami juga boleh mencadangkan isteri untuk pergi berurut supaya perjalanan darah dalam badan semakin lancar. Urutan badan mampu memberi ketenangan pada seseorang. Urutan ini juga peroleh kebaikan dalam rumah tangga terutamanya dalam hubungan intim. Jadi, berikan isteri berehat untuk berurut dengan santai dan tanpa gangguan.

Di samping itu, si suami jangan lah lupa terapi utama seorang isteri iaitu membeli belah. Semua wanita juga memang suka membeli belah, sama ada barang penjagaan diri atau barang dapur. Terapi ini amat menggembirakan semua wanita. Malah ia adalah hobi setiap wanita. Jadi, biarkan sahaja mereka membeli belah yang penting jangan boros sehingga melampau batas.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,773 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen