Jika Hubungan Lebih Banyak Pahit Dari Manis, Fikirlah Dua Kali Untuk Jadikan Si Dia Sebagai Pasangan.

 

Jom ikuti perkongsian dari saudara Amir Syahir ini berkaitan dengan pasangan kaki pukul…

Tadi aku terbaca satu kisah pasal seorang perempuan yang masih setia dengan teman lelakinya walaupun sering dimarah dan dipukul. Isteri aku pun cakap, senior dia pernah melalui pengalaman macam ni. Kesian katanya dengan kakak tu.



Masa bercinta pun lelaki tu memang suka marah-marah dan pukul kalau ada yang tak kena. Salah sikit je melenting. Silap sikit je terus naik tangan. Tapi, dia masih bertahan dan bertekad nak berkahwin dengan lelaki tu.

Bila ditanya kenapa masih nak kahwin dengan lelaki tu, kakak tu cakap dia pun takde jawapan. Tapi dia sayang sangat dengan lelaki tu. Katanya setiap manusia boleh berubah.

Tetapi malangnya, jodoh mereka tak panjang. Berkahwin belum sampai setahun, mereka membawa haluan masing-masing. Sekarang kakak tu dah kahwin lain dan dah anak pun.

Apa yang aku nak cakap, sayang dan cinta je belum tentu mampu menjamin kebahagiaan. Memang manusia boleh berubah, tetapi kalau masa bercinta dah tengking sana sini, naik kaki tangan, baik kau angkat kaki je. Tak payah nak tunggu lagi.



Jika kau rasa hubungan kau tu banyak pahit daripada manisnya, baik kau tinggal je pakwe kau tu. Tak perlu nak tunggu dia berubah. Dia janji nak berubah pun belum tentu dia akan tunaikan.

Kau kena gunakan otak la sikit. Fikir masa depan. Kau pun dapat rasa dia boleh jadi suami dan ayah yang baik untuk anak-anak kau atau tidak. Kalau selalu duk lempang, siku, tumbuk perut kau baik apa nya.

Tak perlu kau nak teruskan lagi. Tak perlu nak perjudikan masa depan kau tu. Blah je. Kalau masa bercinta pun dia sanggup pukul kau, masa dah kahwin nanti lebih teruk lagi dia boleh buat.

Tak rugi pun tak kahwin dengan lelaki macam tu. Buatlah pilihan yang terbaik demi masa depan kau. Jangan ikutkan sangat hati dan darah muda tu. Memang la kau akan meroyan kejap lepas putus cinta tu, tapi lepastu okeyla.

Moga manfaat dan memberi iktibar.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,493 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen