Bagaimana Untuk Mengetahui Jika Anda Berkenalan Dengan Orang Yang Salah Untuk Dijadikan Sebagai Pasangan?

 

Memilih jodoh atau pasangan hidup kadang-kala mengelirukan sesetengah insan. Fikiran sentiasa ragu-ragu, adakah si dia adalah orang yang betul untuk dijadikan teman hidup? Jom ketahui melalui 3 perkara seperti berikut..

1. Keterbukaan untuk berkongsi segala cerita.

Jodoh ini seperti magnet. Apabila berada dengan seseorang yang boleh dipanggil jodoh, anda seumpama sangat selesa untuk menceritakan segala hal dengannya. Kadang-kala anda seperti tersepit, adakah perlu untuk menceritakan segalanya dengan terperinci yang bakal mengaibkan diri anda sendiri?



Jadi, soal semula soalan ini pada diri sendiri...

Adakah si dia benar-benar perlu tahu tentang peristiwa yang mengaibkan itu?

Apakah motif untuk anda menceritakan atau berkongsi pengalaman tersebut? Untuk dijadikan pengajaran atau dimalukan?

Adakah si dia benar-benar boleh dipercayai?

Keterbukaan seseorang untuk menceritakan kisah silam kadang-kala sangat penting untuk sesetengah pihak. Namun, jangan lah memaksa jika si dia tidak mahu menceritakan sesuatu pada kisah silam. Keterbukaan ini bermaksud, kekurangan yang ada pada diri sendiri untuk dikongsikan. Bukannya terbuka dalam perkara yang memalukan atau mengaibkan.

Mungkin dari segi dulu si dia panas baran, tiada keyakinan dalam segala hal, dan seumpama dengannya.

2. Berusaha untuk kebahagiaan diri sendiri.

Adakah si dia bertanggung jawab dan berusaha ke arah kebahagiaan diri sendiri?

Apakah yang dimaksudkan dengan kebahagiaan diri sendiri? Seumpama tidak bahagia dengan kehidupannya, tidak suka pada dirinya sendiri, tidak suka arah tuju hidup yang dialaminya sekarang. Malah si dia langsung tidak ada rasa tanggung jawab terhadap dirinya langsung mahupun memperbaiki diri sebelum berkahwin.



Orang yang tiada rasa tanggungjawab ini bakal membawa isu tersebut sehingga ke alam perkahwinan sehingga hubungan suami isteri itu tidak mencapai kebahagiaan, kerana hanya mengharap pasangan untuk memperbaikinya.

Oleh itu amat penting untuk dirinya bertanggungjawab ke atas kebahagiaan sendiri. Jika dia gagal untuk bahagia ketika bujang, takut dia akan gagal untuk bahagiakan anda setelah berkahwin.

3. Emosinya stabil.

Adakah si dia mempunyai emosi yang stabil? Ini kerana jika pasangan anda mempunyai emosi yang kosong akan menyebabkan anda juga menjadi orang yang suka menyesakkan diri dengan kekurangan, tidak yakin dan sentiasa berfikiran negatif.

Emosi tidak stabil ini sering murung, berasa tidak hebat, memencilkan diri, sentiasa mengkritik dan kuat pertimbangan. Orang sebegini selalunya tidak bersedia untuk hubungan yang serius kerana terlalu memikirkan tentang diri sendiri.

Seperti point nombor 2, mereka hanya beranggapan orang lain yang sepatutnya menjaga mereka dan bukannya diri mereka. Jadi, adakah anda merasakan orang seperti ini mampu untuk menjadi pasangan anda kelak? Namun sedemikian, ia terpulang kepada individu.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,304 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen