Wanita Lebih Mudah Jatuh Cinta Atau Cepat Perasan?

 

Wanita, hatinya lembut dan mudah tersentuh. Apabila ada seseorang lelaki mula mendekati mereka dan mengambil berat mengenai mereka, mula lah mereka beranggapan bahawa lelaki terbabit menyukai mereka walaupun lelaki tersebut hanya mahu berkawan. Sebab itu mereka ini sering kali akan terluka dan mengalami cinta bertepuk sebelah tangan. Paling tidak juga, mereka ini mempunyai crush dalam hidup mereka. Jadi wanita ini sememangnya lebih mudah jatuh cinta serta cepat perasaan. Mengapa?



Hal ini kerana, wanita ini lebih mudah berasa kesunyian. Jadi apabila ada seseorang yang hadir menceriakan hari mereka, mereka terus beranggapan bahawa lelaki tersebut mempunyai perasaan terhadap mereka. Bukan itu sahaja, mereka ini juga mudah untuk jatuh cinta terhadap seseorang yang membahagikan dan menghilangkan kesunyian di hati mereka.

Wanita sukakan perhatian, jadi jika seseorang lelaki terlebih memberi perhatian terhadapnya, dengan mudah ia akan memberikan hatinya kepada lelaki tersebut. Sebab itu lah mereka ini dikatakan cepat perasaan. Mereka ini tidak tahu membezakan yang mana satu perhatian dari seorang rakan ataupun perhatian dari seseorang yang menyukainya. Bagi mereka, asal berikan perhatian lebih sahaja, “ada hati dekat aku lah tuh.”


Pernah dengar kata-kata ini? ‘Saat wanita terluka, akan ada seseorang yang membuat dirinya tersenyum.’ Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa wanita ini terlalu mudah jatuh cinta terhadap seseorang yang memahami dan melayaninya dengan baik. Jadi jangan salahkan wanita jika mereka ini cepat memandang lelaki lain apabila anda mengabaikan diri mereka.

Namun begitu, jika seorang wanita yang cepat jatuh cinta atau perasan ini sebenarnya hanya mencari satu persinggahan sebelum bertemu dengan seseorang yang benar-benar membuat mereka ini terbayang-bayang atau dalam erti kata lain benar-benar jatuh cinta. Perasaan cepat jatuh cinta ini atau cepat terperasaan ini biasanya berlaku apabila ia masih belum temui apa yang mereka mahukan dari seseorang lelaki.

Apa yang mereka inginkan? Sudah pasti lah perhatian, belaian manja, seseorang yang mengambil berat, memahami dan pelbagai lagi. Hal ini kerana, wanita ini terlalu manja dan selalu ingin dimanja. Jika mereka rasa kekurangan terhadap hubungan tersebut, mula lah mereka ini berubah hati. Tetapi jika dia benar-benar jatuh cinta tiada siapa mampu mengubah hati mereka.


Hati wanita ini tidak mudah untuk berubah sekiranya ada benar-benar berada dihatinya, tetapi mereka ini akan begitu cepat berubah apabila dirinya tidak mendapatkan perhatian yang jelas serta kasih sayang dari anda. Maka kehadiran orang lain itu seumpama memberi satu peluang kepada mereka untuk merasai kebahagiaan yang baru.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 406,191 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen