Wanita Sukakan Lelaki Yang Lebih Berusaha Dalam Memikat Mereka, Betul Ke?

 

Selalunya kita lihat seorang wanita ini akan berhenti melayani seseorang lelaki apabila dia melihat lelaki tersebut tidak mempunyai usaha yang kuat dalam memenangi hati mereka. Rata-rata lelaki tidak memahami perkara ini. Bagi lelaki, wanita tidak berminat untuk berkenalan dengan mereka apabila mereka ditolak. Sedangkan, bagi wanita ia mahukan satu usaha yang gigih dari seorang lelaki.



Wanita beranggapan lelaki yang berusaha dengan gigih ini akan lebih menghargai mereka apabila berjaya menambat hati mereka. Mana tidaknya, pelbagai usaha yang dilakukan telah membuahkan hasil pasti lelaki terbabit tidak akan mudah untuk mensia-siakan usaha dirinya. Sebab itu sebelum mereka ini rasa kecewa dan sakit hati kerana tidak dihargai, mereka memilih untuk melihat kesungguhan lelaki itu dahulu.

Selain itu juga, tindakan seperti menolak ajakan ataupun jual mahal ini merupakan salah satu ujian yang dilakukan oleh seorang wanita. Hal ini kerana, wanita tersebut mahu melihat sejauh mana usaha yang ingin ditunjukkan oleh lelaki itu. Bukan hanya itu sahaja, dirinya juga ingin tahu adakah lelaki tersebut mudah untuk berputus asa ataupun tidak. Jika mudah putus asa pasti lelaki tersebut tidak akan mempertahankan hubungan mereka jika berlaku salah faham nanti.

Di samping itu juga, wanita ingin mengetahui bahawa seseorang lelaki itu tidak hanya ingin mempermainkan dirinya sahaja. Mana tidaknya, jika dia mudah cair dengan kata-kata manis lelaki pasti ia akan menjadi bahan mainan sahaja. Maka dia hanya lebih berhati-hati dalam membuat pilihan agar tidak tersalah pilih. Hal ini kerana, seorang wanita tidak akan mampu berfikir panjang apabila mereka telah menyukai seseorang lelaki tersebut.


Seorang wanita juga suka melihat usaha yang ditunjukkan oleh seorang lelaki. Jika tiada usaha, maka hubungan akan menjadi lebih mudah mundur dan renggang. Jika anda usaha, pasti setiap pasangan akan cuba untuk membahagiakan antara satu sama lain. Dari situ boleh lihat bahawa lelaki tersebut akan benar-benar menginginkan dirinya bukan hanya sekadar satu persinggahan.

Baik lelaki mahupun wanita, jika anda berusaha menunjukkan minat, dan suka terhadap seseorang, anda pasti akan diterimanya sama ada cepat atau lambat. Jika tidak, tidak adalah istilah pergi tegur crush anda dahulu sebelum diambil orang.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen