Pilihlah Pasangan Yang Dapat Mengawal Emosi Anda, Kerana Ia Adalah Salah Satu Tanda Jodoh Yang Tepat.

 

Untuk mencari teman hidup yang dapat menerima anda seadanya, keserasian dari segi emosi juga perlu dititikberatkan. Jika si dia tidak dapat menerima emosi anda, tidak bijak mengawal emosi anda, jangan menyesal setelah berkahwin kelak.

Ini kerana setelah berkahwin, pasangan suami isteri banyak bermain dengan emosi. Lelaki yang sering mendiamkan diri, wanita yang sering berceloteh. Emosi sebegini memang tidak ramai dapat menjangka.



JADI, ADAKAH ANDA DENGAN PASANGAN….

  • Adakah saya menghormati dan mengagumi si dia?
  • Adakah saya mempercayai si dia?
  • Adakah saya berasa selamat?
  • Adakah saya berasa tenang dan damai apabila bersama dengan si dia?

Jika anda dapat menjawab semua soalan ini YA, ia bermaksud anda dengan pasangan saling dapat menerima emosi masing-masing. Tetapi jika jawapan yang anda peroleh adalah ‘Tidak pasti’ atau ‘Tidak tahu’, anda perlu menilai dan dapatkan jawapan kenapa jawapan anda sebegitu.

EMOSI YANG YANG TIDAK SELAMAT DAN SENTIASA BERASA BIMBANG BERSAMA PASANGAN

Pada point nombor 3, adakah anda berasa selamat? Dan jawapan yang anda perlu jawab adalah Ya untuk menentukan keserasian kalian berdua. Jika jawapannya seperti meragukan sudah tentu ia bukanlah resepi yang baik untuk sebuah perkahwinan. Apabila anda sudah tidak berasa selamat dengan pasangan, sudah pasti tidak dapat meluahkan perasaan dan pendapat secara bebas.

Jadi, belajarlah cara untuk mengenali diri anda sama ada anda di dalam hubungan yang dizalimi ataupun tidak. Jika anda rasa anda perlu perhatikan apa yang anda katakan, apabila bersama seseorang itu dan anda rasa tidak bebas untuk menjadi diri sendiri dan selalu berhati-hati dalam setiap langkah anda, itu tandanya anda mungkin di dalam abusive relationship.



Tingkah laku yang mengawal: Termasuklah mengawal perilaku anda, cara anda berfikir, cara anda berpakaian, cara anda memakai tudung / menyikat rambut dan cara anda luangkan masa. Ketahui perbezaan di antara cadangan dan permintaan.

Permintaan adalah ekspresi kawalan dan jika kawalan yang digunakan, anda wajib untuk mengikutinya atau akan ada kesan berikutnya. Begitulah tanda-tanda yang jelas iaitu penderaan personaliti.

Isu Kemarahan: Seseorang yang meninggikan suaranya daripada biasa, seorang pemarah, sering memarahi anda, melempiaskan kemarahannya kepada anda, menggunakan kata-kata kesat dan seumpamanya.

Anda tidak perlu mengalah dalam layanan sebegini. Kebanyakan orang yang bersikap sebegini mempunyai latar belakang didera. Jika ini terjadi kepada anda mahupun orang yang anda kenali, cepat-cepat dapatkan bantuan. Selesaikan masalah tersebut sebelum berkahwin atau sebelum berfikir untuk berkahwin.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,418 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen