Bagaimana Untuk Mengetahui Si Dia Akan Tetap Setia Walaupun Penah Dilukai?

 

Orang penah kata apabila dirinya mula terluka kerana perbuatan anda, maka dirinya akan tawar hati dengan segala kelakuan anda terhadapnya. Dia akan mengabaikan anda mahupun meninggalkan anda. Namun tidak semua orang begitu. Ada yang akan terus setia walaupun anda telah melukakan dirinya berkali-kali. Mengapa? Kerana sayang, ya kerana sayang kesakitan yang dirasai bukan apa lah sangat bagi dirinya. Tetapi bagaimana untuk mengetahui bahawa si dia akan tetap setia walaupun dilukai?



1. Mereka akan cuba untuk melupakan segala-galanya mengenai kesilapan anda. Ia seolah-olah tidak pernah berlaku dalam hubungan kalian. Dirinya juga akan jujur terhadap anda mengenai perkara tersebut sama anda ia akan terus menerus merasa terluka ataupun telah mengabaikannya. Tetapi biasanya mereka ini akan terus mengabaikannya.

2. Selain itu juga mereka ini akan mula mencari tahu permasalahan itu timbul. Di mana mengapa anda melakukan hal tersebut. Dan mengapa perkara tersebut berlaku dalam hubungan kalian. Dirinya benar-benar mahu tahu apa kekurangan dirinya dan ingin memberikan peluang kepada dirinya untuk melakukan yang terbaik buat anda.

3. Apabila anda menyedari bahawa dirinya terluka, dirinya tidak akan mengelakkan diri dari melakukan perbincangan. Walaupun perbincangan tersebut akan hanya melukakan dirinya, namun ia akan tetap berada dalam keadaan yang tenang untuk mengetahui mengapa anda melakukan hal tersebut.


4. Walaupun hati terluka, mereka akan membenarkan dirinya untuk terdedah kepada anda. Di mana dia tidak hanya mendiamkan diri sahaja, ataupun bersembunyi di dalam kelukaan. Dirinya akan menunjukkan bahawa dia terluka tetapi masih lagi ingin meneruskan hubungan bersama anda.

5. Setelah terluka mereka tidak menyerah kalah dengan membiarkan anda pergi, tetapi dirinya berusaha untuk memikat hati anda kembali. Mereka benar-benar meletakkan satu usaha yang tekat dalam memberi anda peluang kedua. Tetapi jika anda masih mengabaikannya mungkin dirinya akan pergi selepas itu.

Anda perlu tahu bahawa seseorang yang mencintai anda mungkin akan setia dan bertahan terhadap segala kesakitan yang anda lakukan, tetapi dirinya mempunyai tahap kesabaran yang terhad juga. Jika peluang sudah diberi tetapi tidak dihargai, jangan menyesal jika dirinya pergi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 367,373 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen