Di saat Anda Mendoakan Dirinya, Itu Lah Tanda Bahawa Anda Benar-Benar Jatuh Cinta Dengannya.

 

Ingatlah daku di dalam doa mu, sering kali pasangan kekasih akan ucapkan kepada pasangan mereka masing-masing. tetapi berapa ramai yang akan mendoakan pasangan mereka? Adakah ia sekadar satu ungkapan untuk menandakan bahawa anda benar-benar cinta atau hanya sekadar mainan perasaan sahaja? Tahukah anda di saat anda meminta Allah SWT menjaga si dia dengan baik, itu lah tanda bahawa anda benar-benar jatuh cinta dengannya.



Doa, adalah satu bentuk cinta ikhlas yang mungkin anda berikan kepada orang lain. Terlepas dari segala kesulitan dan kekesalan yang orang ini ciptakan, terus mendoakannya jadi bukti kalau anda berharap bahawa hanya kebaikan yang datang dalam kehidupannya. Apabila anda benar-benar mencintai seseorang, anda tidak akan terlalu berat untuk memasukkan namanya dalam doa anda.

Berkat ibu bapa adalah penting untuk menentukan sama ada hubungan itu berjaya atau tidak. Bagaimana pula dengan sang Pencipta? Bukankah Dia yang menentukan segala-galanya? Malangnya, ramai di antara kita sering lupa logik mudah ini. Berdoa untuk orang yang anda sayangi adalah bentuk usaha yang melibatkan Pencipta yang tidak ramai yang melakukannya.

Sesetengah orang akan melihat gambar pasangan berjam-jam lamanya kerana rindu dan ingin selalu difikiran. Sedangkan dengan hanya menyebut namanya di dalam doa anda itu sebenarnya telah membuktikan bahawa anda sentiasa mengingatinya sehinggakan inginkan yang terbaik untuknya.


Tidak kira betapa sempurna pasangan anda, dia masih mempunyai keupayaan untuk menyakiti hati anda. Akan ada masa ketika anda kecewa, merasakan kehadirannya tidak dihargai, dan dibuang oleh pasangan. Cinta yang tidak ikhlas akan membuat anda menyalahkan segala perkara, menyalahkan pasangan anda, bahkan menuduhnya. Hanya perasaan tulus yang mampu membuat anda melupakan segala kepahitan yang telah ia lakukan di hidup anda, sambil dengan ikhlas terus mendoakannya.

Di samping itu, pasangan yang berdoa antara satu sama lain akan menjadi lebih kuat berbanding yang lain. Di mana mereka ini memohon kepada Pencipta untuk sesuatu perkara yang kadang kala di luar batasnya, namun dengan berdoa mereka yakin mereka mampu untuk melakukan sesuatu perkara itu. Sebagai contoh menerima kekurangan pasangan kita.

Jadi jika anda benar-benar mencintai pasangan anda, pasti akan menyebut namanya di dalam setiap doa anda. Sentiasa meminta agar diberikan kebaikan kepadanya serta diperjodohkan kalian berdua.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 491,614 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen