5 Tanda Si Dia Benar-Benar Rasa Selesa Terhadap Anda.

 

Ketika dating anda tidak malu untuk makan dengannya, bersifat lebih slumber itu dikatakan selesa? Sebenarnya itu masih lagi belum dikatakan anda dan pasangan saling selesa antara satu sama lain. Apabila anda dan pasangan selesa, banyak hal yang dikongsi tanpa sebarang keraguan. Mari ketahui perkara apa yang mengundang keselesaan dalam hubungan.

1. Apabila si dia tanpa rasa malu berkongsi masalah dengan anda.

Sesetengah pasangan akan malu untuk berkongsi masalah mereka, terutamanya lelaki. Apabila si dia mula berkongsi setiap masalah yang berlaku pada dirinya, itu bermakna dirinya telah mula mempercayai anda. Bukan itu sahaja, dirinya juga cukup yakin bahawa anda tidak akan membocorkan masalah yang dialami kepada orang lain. Sukar untuk membuat seseorang terlalu percaya ini.



2. Apabila si dia bersenang hati berkongsi mengenai kisah hidupnya sebelum berkenalan dengan anda.

Anda sudah pasti tertanya-tanya bagaimana kehidupan dirinya sebelum bertemu dengan anda dan siapa kekasihnya yang terdahulu. Kebanyakannya pasti tidak mahu menceritakan saat sedih dirinya dahulu. Tetapi jika pasangan anda berkongsi mengenai hal ini, dirinya yakin terhadap anda. Yakin mengenai apa? Mengenai kebahagiaan yang telah anda berikan kepadanya. Dan bagi dirinya kenangan lalu bersama pasangan itu hanya memberi pengajaran kepada dirinya serta dia tidak ada masalah untuk bercerita kerana telah move on dari cinta lamanya itu.

3. Apabila si dia berkongsi cerita kenakalan dirinya.

Baik anda mahupun dirinya, pasti akan anda kenakalan yang dilakukan yang memalukan. Tetapi dirinya begitu selesa untuk berkongsi dengan anda. Walaupun diketawakan, dirinya tidak mengambil pusing mengenai hal tersebut. Hal ini kerana, dirinya mahu anda mengenali dirinya dengan lebih mendalam serta dia tahu anda tidak akan memandang rendah terhadap dirinya.


4. Apabila dirinya berkongsi angan-angan yang dirinya impikan.

Setiap orang berhak untuk berangan, hal ini kerana angan-angan tidak memerlukan wang ringgit. Pasangan anda begitu selesa berkongsi angan-angan dirinya yang menjadi impian dirinya. Dia tahu bahawa anda tidak akan memperkecilkan angan-angannya malah menyokong serta menaikkan semangatnya demi mencapai apa yang dirinya angankan itu.

Jika pasangan anda sudah terlalu selesa dengan anda, ia akan menolak tepi segala perasaan malunya. Bagi dirinya, anda adalah orang yang sesuai untuk dikongsi segala hal yang tidak mampu dikongsi bersama orang lain.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,201 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen