Sayang Itu Sepatutnya Bagaimana Ye?

 

Kata-kata sayang itu menunjukkan bahawa anda sangat memerlukan seseorang itu dalam hidup anda. Rasa sayang itu boleh lahir dari pelbagai punca, sama ada dari keluarga seperti ibu bapa, adik-beradik ataupun datangnya dari seorang rakan mahupun kekasih. Tetapi di sini sudah pasti kita ingin bahaskan mengenai sayang dari seorang kekasih. Semua orang boleh ucapkan kata-kata sayang dengan mudah tapi rasa sayang itu sebenarnya bagaimana ye?



Rasa sayang itu sepatutnya anda memberi kebebasan kepada pasangan anda untuk melakukan apa yang dirinya sukai. Rasa sayang itu bukan satu sekatan atau aturan. Walaupun hobinya itu satu perkara yang anda tidak sukai, itu tidak bermakna anda perlu menghalang minat dirinya. Anda akan turut merasa bahagia melihat pasangan anda itu tersenyum puas atas kebebasan yang diberi. Hal ini kerana, anda mahu dirinya bahagia dengan pelbagai perkara bukan hanya diri anda sahaja.

Apabila anda mencintai seseorang, anda dapat memahami bahawa rasa sayang itu boleh ditunjukkan melalui tindakan bukan hanya sekadar kata-kata. Cinta dan sayang merupakan satu proses kerja yang berterusan di mana salah seorang tidak harus berputus asa. Namun begitu, anda tidak hanya memfokuskan kepada satu hal yang sweet dan romantik, malah ia lebih mementingkan satu usaha yang terbaik setiap dari anda lakukan.

Setelah membuat keputusan untuk bersama seseorang yang dicintai, itu bermakna anda perlu menerima segala kelebihan dan kelemahan mereka ini. Anda perlu bertindak sebagai pelengkap serta pelindung mereka. Anda juga tidak terlalu fokus terhadap kekurangan dirinya malah lebih untuk cuba melengkapi pasangan tanda sebarang pemaksaan dari pasangan Cuma kemahuan dari diri sendiri.


Selain itu, hubungan cinta yang mempunyai tindak balas yang positif tidak akan lari dari masalah. Anda harus melakukan perjuangan, hal ini kerana anda dan dia adalah dua orang yang mempunyai pemikiran yang berbeza. Maka dengan itu, anda harus berjuang untuk mencari kesefahaman yang terus demi kebahagiaan hubungan bukannya kepentingan diri sendiri. Perjuangan itu perlu dilakukan dengan sabar, jika anda mudah berputus asa maka ia masih belum pada tahap kebahagiaan yang sebenar.

Di samping itu, apabila jalani satu hubungan yang tidak sesuai, mencinta seseorang akan menjadikan anda lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. Anda tidak mahu mengambil langkah yang salah. Apabila anda akhirnya memisahkan ia mengambil masa untuk anda menyembuhkan diri anda. Proses melepaskan orang yang tersayang seperti mengupas bawang. Ada lapisan kulit yang perlu dibuka. Dan setiap lapisan itu akan menyakiti hati dan mata anda.

Kesimpulannya, sayang itu bukan satu sifat cemburu serta mengatur hidup pasangan. Tetapi lebih untuk cuba fahami apa yang pasangan inginkan. Sayang itu bukan hanya pentingkan diri tetapi pentingkan kebahagiaan bersama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 397,865 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen