Pemikiran Lelaki Zaman Sekarang Bagaikan… “Susah Nak Cari Perempuan Yang Sanggup Susah Senang Bersama. Perempuan Nak Lelaki Kaya Yang Ada Kereta Je”.

 

Majoriti lelaki pada zaman sekarang pasti tidak lari dengan berfikiran sebegini. Susah mahu mencari kaum wanita yang sanggup bersusah payah bersama. Asalkan berjumpa dengan salah seorang daripadanya pasti mahukan lelaki yang ada kereta mahupun harta.

Dan kata-kata yang paling tipikal pada zaman sekarang adalah;



“Alahhhh, selalunya lelaki yang setia ni mesti tak handsome memang taka da siapa yang nak…”

“Lelaki kalau tak handsome selalunya mesti banyak duit…”

“Perempuan zaman sekarang pandang lelaki yang ada kereta H sahaja….”

Lihat sahaja lah pemikiran lelaki zaman sekarang. Negatif!

Tidakkah anda tahu jika pemikiran atau kata-kata yang sangat negatif akan selubungi diri menjadi semakin lemah dan tiada keyakinan? Jika tiada keyakinan dalam pencarian jodoh kerana Ilahi, bagaimana mahu menjaga isteri kelak?

Jangan lah kerana kata-kata badan binasa. Jangan lah terlalu turutkan sangat hati yang terluka dan memandang semua wanita itu sama. Majukan diri sendiri dan yakin pada Allah SWT bahawa perempuan yang anda mahukan itu pasti ada, cuma lambat.



Ikuti juga perkongsian kata-kata dan nasihat daripada saudara Amir Syahir ini juga, semoga ia bermanfaat dan bakal membuka hati dan merendahkan ego lelaki anda…

“Bro. Tak semua perempuan nak lelaki yang kaya raya. Tapi perempuan tu mestilah fikir masa depan dia. Kau kenalah yakinkan dia kau mampu sara hidup dia....

Takkan kau nak ajak dia dating naik motosikal. Batas aurat dia pun kau kena jaga. Bukannya kau dan dia dah kahwin....

Kalau kau naik motosikal tapi kau mampu yakinkan dia yang kau mampu jaga dan sara dia, itu lagi bagus. Aku dulu pun ada motosikal je. Tetapi Alhamdulillah isteri aku boleh terima aku seadanya....

Kau ada motosikal tapi simpanan kahwin dah ada. Elok lagi dah ada rumah sebijik untuk duduk lepas kahwin. Terus perempuan tu yakin kau boleh sara hidup dia....

Ayah perempuan tu pun yakin nak lepaskan anak dia kepada kau. Mestilah dia nak yang terbaik untuk anak gadis dia....

Ini tak, kalau setiap kali dating kau asyik pinjam duit dia je, mesti dia fikir dua tiga kali nak kahwin dengan kau. Lepastu kadang-kadang mintak dia topupkan la....

Kau jangan fikir perempuan sekarang mata duitan. Mereka cuma berjaga-jaga. Itu semua demi masa depan mereka. Tugas kau ialah siapkan diri sebaiknya sama ada daripada segi kewangan, tanggungjawab dan sebagainya….”

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,905 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen