Apakah Yang Menyebabkan Anda Dan Pasangan Sering Bergaduh?

 

Tidak kira ketika bercinta atau berkahwin, pasangan kekasih atau suami isteri sering sahaja bergaduh. Puncanya secara kasar tidak dapat diketahui kerana antara pasangan pasti akan mengungkit kisah lalu. Kemudian pergaduhan itu pasti akan berlanjutan sehingga tentang perkara yang mustahil untuk digaduhkan.

Pergaduhan yang terlalu lama pasti akan membuat pasangan seperti menjadi tidak waras dan tidak sedar, perkara apa atau apakah punca sebenar mereka bergaduh?

1. Terlalu memberi sokongan.

Sanggup batalkan temu janji dengan rakan-rakan kerana si dia telah menerima berita buruk? Syabas! Ia menunjukkan anda seorang pasangan yang begitu prihatin dan turut memikirkan masa depannya. Tetapi, jika anda terlalu memberi sokongan yang keterlaluan sangat, ia akan membuatkan si dia rasa bengang dan rimas.

Anda fikir jika si dia dalam kesusahan atau menerima berita buruk, berada sentiasa disisi dia pasti akan membuatkan si dia terharu mempunyai pasangan seperti anda. Tetapi kadang-kala anda perlu berfikiran bahawa si dia sudah besar dan mampu menyelesaikan segala masalah. Bukannya budak kecil yang masih belajar bertatih.



2. Kadang-kala gemar membuat atau menjawab panggilan si dia ketika memandu.

Trend zaman sekarang memang ramai pemandu suka menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Menurut kajian, pemandu yang suka berbual ketika memandu akan mendorong kepada salah faham dan perhatian akan terganggu. Tidak fokus dan tidak tahu jika apa yang dibualkan munasabah ketika memandu. Jadi, lebih baik berhentu dahulu sebelum membuat panggilan atau menjawab panggilan dari si dia.

3. Anda yang sering mengalah.

Bagi anda, mengalah adalah langkah terbaik jika berlaku pergaduhan kerana anda tidak suka situasi tersebut berlanjutan. Namun kaedah anda sebegini akan mengundang si dia berasa bosan kerana masalah tidak dapat diselesaikan dengan cara yang dia mahu.

Memang benar jika salah seorang dingin, salah seorang perlu bertenang. Bertenang dan mengalah tanpa menyelesaikan masalah, pasti akan menyimpan sedikit dendam.



4. Si dia jadi bawah tanggungan anda pula.

Situasi yang paling mudah adalah apabila si dia yang tidak bekerja dan anda yang menanggung makan minumnya, malah pakaian dan tempat duduk sekali. Jika anda masih belum berkahwin, situasi sebegini adalah isu besar yang akan jadi pergaduhan. Selagi belum berkahwin, si dia masih dibawah tanggungan ibu bapanya.

5. Kuat tidur.

Mungkin perkara ini nampak remeh, namun ia boleh menyebabkan perbalahan dalam hubungan. Pasangan yang kuat tidur boleh menjadikan rumah tangga kucar-kacir dan mengganggu institusi kekeluargaan. Sebagai contoh suami menghabiskan masa lapang dengan tidur tanpa menghiraukan isteri dan anak-anak. Walhal, isteri dan anak-anak perlukan masa bersama seperti pergi beriadah dan bercuti.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,236 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen