Sebagai Seorang Suami Ajarilah Isteri Anda Mengamalkan Zikir Fatimah Jika Penat Menguruskan Rumah Tangga.

 

Ali bin Abi Thalib menceritakan bahawa Fatimah (isterinya, juga puteri Rasulullah) merasa sakit tangannya kerana menumbuk (menguli) tepung dan ketika itu pula ada seorang pelayan yang menawarkan dirinya (untuk berkhidmat) kepada Rasulullah.

Fatimah datang menemui Rasulullah untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berhasil menemui Rasulullah dan hanya bertemu dengan Aisyah.

Kemudian Fatimah menitip pesan kepada Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Ketika Rasulullah tiba di rumah, Aisyah pun memberitahu baginda tentang kedatangan Fatimah.

Ali berkata, lalu Rasulullah pergi ke rumah kami ketika kami tengah berbaring hendak tidur. Maka kami segera bangun, tetapi baginda mencegahnya seraya berkata:

'Tetaplah di tempat kalian!' Kemudian Rasulullah duduk di antara kami hingga saya merasakan dinginnya telapak kaki beliau yang menyentuh dada saya.



Setelah itu, Rasulullah bersabda: 'Inginkah kalian berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian minta? Apabila kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) tiga puluh empat kali, tasbih (Subhanallah) tiga puluh tiga kali dan tahmid (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.'

Selanjutnya Ali menerangkan:

'Saya tidak pernah meninggalkan bacaan tersebut semenjak saya mendengarnya daripada Rasulullah.'

Seseorang bertanya kepadanya: 'Wahai Ali, apakah kamu juga tidak meninggalkan doa ini pada malam perang Shiffin?'

Ali menjawab: 'Ya. Saya tidak pernah meninggalkan bacaan (zikir) ini pada malam perang Shiffin sekalipun.' [Shahih Muslim, no: 4906]

Berdasarkan hadis ini, dapat kita pelajari bagaimana Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah bekerja keras dengan urusan rumah seperti memasak. Namun Rasulullah tidak memberikan Fatimah dan Ali seorang pembantu rumah.



Sebaliknya baginda mengajar mereka beberapa kalimah zikir yang mudah dibaca sebelum tidur, iaitu Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 33 kali.

Zikir ini menjadi pengganti kepada pembantu rumah yang diminta oleh Fatimah sehingga ia masyhur dikenali sebagai 'Zikir Fatimah'.

Rahsia di sebalik pengajaran zikir ini ialah, Allah membalas kepada kita apa yang kita berikan kepada-Nya atau kerana-Nya.

Bahkan Allah akan membalas dengan tambahan dan gandaan. Apabila kita bersedekah kerana Allah, Allah akan membalas dengan tambahan rezeki.

Apabila kita bersikap rahmat kepada makhluk lain kerana Allah, Allah akan menggandakan rahmat-Nya kepada kita.

Demikianlah juga, apabila kita meluangkan masa dan usaha kepada Allah, Allah akan menambah masa dan memudahkan usaha kita.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,376 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen