10 Petanda Si Dia Adalah Jodoh Yang Serasi.

 

Jodoh sudah tentu rahsia Allah SWT. Dan sudah tentu kita tidak mengetahui siapakah bakal jodoh kita, sama ada di depan mata atau masih jauh di belakang. Namun Allah telah memberi kita akal dan hati untuk merasai tentang kehadiran jodoh ini. Bukan hanya pihak lelaki yang dapat merasakan wanita itu akan menjadi isterinya, bahkan wanita juga akan dapat merasakan lelaki itu bakal menjadi suaminya.



Semua itu terletak pada naluri hati. Terdetiknya hati ketika itu, mungkin ia adalah salah satu tanda si dia adalah jodoh yang serasi. Jom lihat petanda tersebut.

1. Bekerjasama.

Anda berdua sering bekerjasa untuk memajukan diri masing-masing dalam segala hal ke arah kebaikan. Malah tidak pula menuding jari apabila melakukan kesilapan kerana kalian berdua tahu salah masing-masing.

2. Kebahagiaan.

Apabila sering berjumpa, anda berdua temu kebahagiaan tersebut seperti tidak pernah rasa kebahagiaan sebegitu sebelum ini. Kerana kebahagiaan tersebut hanya akan datang sekiranya kedua-dua saling memberi, bukan mengharap satu pihak sahaja.

3. Bertolak-ansur.

Anda berdua boleh bekerjasama sebagai pasukan kerana adanya sikap tolak ansur antara satu sama lain. Kerana sebagai pasangan yang ingin ke jinjang pelamin, amat penting untuk bertolak ansur.

4. Ketenangan.

Suaranya, wajahnya dan segala perilaku yang dilakukan oleh si dia tidak menjadi serabut pada anda. Anda peroleh ketenangan apabila bersama dengan si dia dalam apa jua situasi.

5. Sentiasa disisi.

Walaupun si dia berada jauh disisi mungkin kerana kerja, si dia tetap mengambil tahu tentang anda ketika sakit. Tidak pernah tidak bertanya khabar atau hilang secara tiba-tiba. Kehadiran kalian berdua amat penting untuk diketahui bukan secara sembunyi.

6. Selamat. 

Bagi wanita, apabila bersama dengan lelaki tersebut anda yakin si dia mampu menjadi pelindung dimana sahaja anda berada. Malah bagi lelaki pula, anda berasa selamat dengan si dia kerana dia tahu tentang kemampuan anda dan tidak mendesak.

7. Keagamaan.

Perkenalan antara anda dengan dia membuatkan anda menjadi dekat dengan Allah SWT. Anda sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kerana mahukan keluarga yang sentiasa ingat pada Allah dan mencari barakah bersama.

8. Suka duka bersama.

Ketika anda meluahkan perasaan gembira atau pun sedih, si dia setia mendengar luahan tersebut. Tidak pernah mengabaikan anda dan membuatkan anda ingin luahkan pada orang lain.

9. Kesetiaan.

Curang tiada dalam kamus hubungan cinta antara kalian berdua. Buat apa mahu curang? Jika sudah rasa hubungan sedikit renggang, anda berdua akan saling 'mengorat' antara satu sama lain untuk eratkan hubungan.

10. Hormat dan percaya.

Anda berdua tidak pernah mempunyai perasaan untuk meremehkan atau memperkecilkan kekurangan masing-masing. Malah sama-sama bangkit untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

Pilihlah jodoh yang baik, nyaman dan tenang malah yang boleh memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,257 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen