Wanita Lebih Mudah Tersenyum Dan Bahagia Disamping Lelaki Yang Kelakar. Jom Ketahui Sebabnya.

 

Mata kasar masyarakat sering melihat lelaki yang kelakar pasti dapat berdampingan dengan wanita yang cantik paras rupanya. Sehingga kita sendiri mempersoalkan ada apa pada lelaki tersebut? Wajahnya hanya biasa-biasa sahaja namun boleh sahaja menarik perhatian wanita cantik.

Tetapi paras rupa bukan lah menjadi pengukuran untuk menentukan wanita cantik dengan lelaki kelakar, tetapi kenapa kebanyakan wanita secara tidak sedar memilih lelaki kelakar sebagai pasangan?



1. Kerana wanita lebih beremosi daripada lelaki.

Secara lahiriahnya wanita lebih beremosi berbanding lelaki, bukan? Kadang-kala mudah sahaja marah, sedih kemudian bad mood. Jadi mereka sebenarnya tidak suka berasa sedih dan kecewa. Mereka inginkan sumber untuk membuatkan mereka ceria kembali. Oleh kerana itu, lelaki kelakar yang menjadi pilihan hatinya dimana boleh bergelak ketawa pada bila-bila masa.

Lelaki pun tahu wanita memang merumitkan dan sukar untuk mengawal emosi. Kebiasaannya lelaki seperti tidak tahu untuk memujuk dan hanya membiarkan sahaja. Namun lelaki kelakar ini tidak akan membiarkan wanita kesayangannya dalam keadaan sedih dan bad mood.

2. Kerana lelaki yang kelakar itu mempunyai keyakinan.

Siapa sahaja tidak pernah menonton maharaja lawak, bukan? Untuk berdiri dihadapan orang ramai memerlukan keyakinan yang amat tinggi. Kemudian perlu membuat lawak dihadapan mereka, jika lawak tidak kelakar, bukankah ia memalukan? Tetapi lelaki kelakar ini sukakan pada cabaran sebegini yang membuatkan mereka confident.



Namun jarang pula untuk melihat lelaki yang tiada sense of humor, berupa paras elok naik di atas pentas untuk membuat lawak. Kekok jadinya.

Jadi, secara tidak langsung lelaki kelakar yang confident ini membuatkan wanita lebih rasa selesa dan selamat apabila bersama. Ianya seperti mereka boleh bergantung pada lelaki ini disaat mereka terjatuh.

3. Kerana lelaki kelakar jarang bergaduh dan bercakap kasar.

Tidak pula dapat melihat yang lelaki kelakar ini suka mencari gaduh, bertumbuk dengan lelaki lain atau bercakap kasar setiap masa. Oleh sebab itu wanita berasa selamat dengan lelaki kelakar ini, kerana mereka lebih cool, rileks dan bertenang jika ada orang mencari gaduh dengan mereka.

Secara tiba-tiba lelaki ini membuat lawak dan berjenaka, jika sampai lawaknya pasti semua orang ketawa. Jika tidak lawak, pasti dikecam dan tidak jadi pula untuk bergaduh. Walaubagaimana pun ia terpulang pada setiap individu untuk menilai.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,982 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen