Perbezaan Antara Lelaki Yang Hanya Mahu Bermain Cinta Dengan Yang Serius Dalam Hubungan.

 

Yang kita tahu lelaki ini lambat matang, maka dengan itu mereka ini pasti sukar untuk berkelakuan matang apabila belum tiba masanya. Tetapi tidak semua lelaki seperti itu, pasti ada sahaja yang akan berkelakuan matang apabila dirinya menemui calon yang sesuai buatnya. Maka dengan itu, mari kita lihat perbezaan antara lelaki yang hanya bermain cinta dengan lelaki yyang mahu ikatan yang sah dalam perhubungan.



Seorang lelaki apabila ia mula ingin serius dengan anda dirinya akan mula untuk berkongsi mengenai perjalanan hidup dengannya tetapi jika dirinya hanya mahu bermain cinta dengan anda pasti banyak bercakap mengenai cinta. Di mana dirinya tidak mahu anda terlalu terdedah akan kisah dirinya. Ia seolah-olah cuba untuk menyembuyikan kisah hidupnya, tetapi jika dirinya serius dia akan lebih terbuka untuk berkongsi.

Apabila anda bergaduh, pasangan yang hanya bermain cinta ini biasanya mahu ego dirinya menang serta anda mengalah dan tunduk terhaadapnya, ia seolah-olah anda begitu takut kehilangan dirinya. Itu akan membuat dirinya berasa bangga. Tetapi jika pasangan anda sudah bersedia untuk berkahwin pasti dirinya tidak begitu. Dia akan lebih cuba untuk mengawal emosi serta egonya. Kalau boleh dirinya mahu pertengkaran itu hanya baik-baik sahaja.


Lelaki yang serius dengan anda tidak akan kisah dengan penampilan anda. Mereka ini biasanya sentiasa berasa selesa dengan apa yang anda gayakan. Tetapi jika keterlaluan dirinya akan menegur anda. Berlainan pula dengan lelaki yang hanya bermain cinta ini, biasanya mereka ini amat mementingkan penampilan pasangan mereka. Mana tidaknya, dirinya mahu memiliki pasangan yang cantik dari paras rupa mahu penampilan.

Dalam mengucapkan kata kemaafan, pasangan yang serius ini lebih mudah untuk ucapkannya dan berniat untuk memperbetulkan kesalahan mahupun perbuatannya. Dirinya ingin memperbaiki dirinya agar hubungan kalian tidak terjejas. Tetapi berlainan pula dengan mereka yang hanya bermain cinta ini. Walaupun berpuluh kali kata maaf diucapkan, tetapi dirinya masih mengulangi perbuatan yang sama dan masih tidak berubah.

Banyak perbezaan antara si dia yang serius akan anda dengan dia yang hanya ingin bermai cinta dengan anda sahaja. Sebagai seorang wanita, anda harus bijak dalam memilih pasangan anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,831 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen