Tanda-Tanda Anda Mempunyai Hubungan Cinta Yang Sihat.

 

Siapa tidak mahu jalinkan satu hubungan yang bahagia dan sihat. Di mana masing-masing saling memahami, menghormati dan saling bertolak ansur. Hubungan yang sihat ini agak sukar untuk dicapai bagai mereka yang masih belum ingin jalinkan hubungan secara serius dan matang. Jadi dengan itu, mari lihat sama ada hubungan anda itu sihat atau tidak.



1. Bersikap rasional.

Anda dan pasangan bersikap rasional di mana masing-masing tahu batas-batas dalam hubungan. Di mana kalian tidak saling cemburu buta dan bertindak melulu. Anda akan sentiasa meminta penjelasan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Masing-masing tidak akan melakukan perkara-perkara yang membuat salah seorang sakit hati atau terluka.

2. Sentiasa selesa untuk berkomunikasi.

Dalam apa jua keadaan pun, anda dan pasangan akan sentiasa berasa selesa untuk berkomunikasi. Walaupun pada ketika itu terdapat perselisihan faham yang berlaku antara kalian. Tiada rahsia yang anda sembunyikan antara satu sama lain yang membolehkan rasa ketidakselesaan di dalam perbualan anda.


3. Tiada kekerasan.

Perkara yang plaing menakutkan dalam hubungan ini adalah penggunaan kekerasan. Jika anda mahupun pasangan tidak menggunakan kekerasaan maka kalian dalam hubungan yang sihat. Kekerasan yang bagaimana dimaksudkan? Kekerasan seperti memukul pasangan hingga terluka ataupun, menggunakan kata-kata yang kesat terhadapnya.

4. Masih mempunyai ruang untuk hal peribadi.

Pasangan anda seorang yang tidak mengokong anda. Dirinya masih memberikan anda ruang untuk menghabiskan masa bersama rakan-rakan anda. Anda bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan tidak menyakiti hati pasangan anda. Untuk satu perkara yang elok dirinya memberi sokongan padu kepada anda.

Untuk mendapatkan satu hubungan yang sihat ini, setiap orang yang melibatkan diri dalam perhubungan ini perlu ada ‘give and take’. Tidak boleh hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha lebih manakala sebelah pihak lagi tidak.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,665 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen