Paras Rupa Pasangan Yang Kacak Bukanlah Menjadi Masalah Dalam Hubungan, Tetapi…

 

Sering kita mendengar apabila memiliki pasangan yang rupa parasnya lebih elok dari diri sendiri, menjadi masalah di dalam hubungan.

“Tak nak cari suami handsome, nanti ramai peminat dia, hari-hari kena kacau…”

“Susah nak jaga perempuan cantik ni, high maintenance…”

Segala yang berlaku adalah psikologi di dalam diri sendiri sahaja. Malah ia telah menjadi stigma masyarakat apabila memiliki pasangan yang mempunyai rupa paras yang elok ini. Apakah salah mereka mempunyai rupa paras yang kacak dan cantik?

Menurut Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Mohd Noor Mamat apabila memiliki pasangan yang kacak ini secara automatik akan timbul perasaan cemburu dimana ia adalah perasaan yang normal pada wanita. Namun sedemikian perlu dikawal dan diuruskan sebaiknya agar tidak menjadi keterlaluan menjadi punca suami rasa tidak dipercayai.



JADI, RUPA PARAS BUKANLAH MENJADI MASALAH UTAMA DI DALAM HUBUNGAN TETAPI…

1. Terlalu suka membuat perbandingan.

Wanita yang terlalu dikawal oleh emosinya sendiri lebih cenderung untuk membandingkan dirinya dengan wanita yang lebih cantik darinya. Dirinya tidak cantik seperti wanita lain untuk berdampingan dengan pasangan yang kacak. Jadi mereka berputus asa untuk berdampingan dengan mereka semata-mata rupa paras sahaja.

2. Terlalu cepat berputus asa.

Apabila ada sahaja wanita lain yang cuba mengacau hubungan pasangan ini, pasti seorang wanita terlalu mudah putus asa, dan bermulalah drama seperti..

“Awak terlalu baik untuk saya…”

Wanita seharusnya berdaya saing seperti lelaki, apabila pasangan anda yang kacak memilih anda untuk menjadi pasangannya. Kenapa wanita suka terhegeh-hegeh pada lelaki yang tidak suka pada dirinya? Namun tidak pula mahu terhegeh-hegeh pada lelaki yang secara terangan mahu jadikan mereka sebagai isteri?



NAMUN LELAKI YANG KACAK INI PERLU JUGA MENJAGA SIKAP KERANA…

Jika hanya melayan sahaja kerenah wanita lain, pasti mereka mudah tersungkur dengan sikap romantik anda. “Dah la handsome, romantik pula tu” . Perkara sebegini akan mengundang kontroversi sahaja. Jangan lah memuji wanita lain selain daripada pasangan anda.

Memberi isyarat bahawa anda telah berpunya supaya pasangan anda tidak berasa cemburu dan curiga. Yakinkan pasangan dan buatlah mereka percaya dengan anda, supaya tiada andaian negatif daripada mereka.

Janganlah menerapkan stigma “Laki kacak susah nak jaga…” di dalam rumah tangga, jika tanggung jawab asas sebagai suami atau isteri tidak lakukan dengan betul.



 

 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,059 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen