“Masa Jadik Awek Sanggup Meredah Lautan Nak Pujuk, Bila Dah Jadi Isteri, Duduk Sebelah Pun Tak Nak Pujuk” Jom Lihat Cara-Cara Untuk Memujuk Secara Gentleman.

 

Menjadi lelaki adalah seperti di dalam penjara kerana setiap perilakunya pasti menjadi kesalahan pada mata wanita. Terutamanya mereka yang di dalam hubungan cinta, tidak kira semasa couple, pertunangan atau perkahwinan.



Ramai juga wanita mengatakan suaminya tidak lagi romantic seperti sebelum berkahwin. Kalau merajuk sanggup meredah hujan atau kesesakan lalu lintas semata-mata mahu memujuk teman wanita yang berjauhan. Namun sudah berkahwin, duduk bersebelahan tetapi tidak mudah untuk memujuk pula.

Semasa sudah menjadi isteri lah, lelaki harus kembangkan skill untuk memujuk, jom lihat caranya..

1. Memegang tangan mereka dan tenung matanya dengan penuh kasih sayang.

Pegang tangan mereka dengan lembut sambil merenung matanya dengan penuh kasih sayang. Tidak guna ego pada isteri sendiri, jika semasa akad nikah sudah berjanji nak sehidup semati. Sapu air matanya dan peluk mereka jika sukar sangat untuk mengungkap ‘I Love You’. Insya Allah hatinya akan cair bak salji terkena matahari.



2. Beri sahaja bunga kepadanya.

Masa dating dahulu anda tidak pernah memberinya bunga kerana ikut sangat dengan kata-katanya. “I tak suka bunga, I nak makanan” Dalam hati tiada siapa yang tahu? Mana tahu ia adalah cuma bahasa kiasan wanita. Oleh kerana sifat lelaki ini terlalu lurus dan dengar sahaja kata-kata kekasihnya, sebagai lelaki yang rasional cuba lah berfikir diluar kotak. Beri sahaja bunga kepadanya, pasti hatinya melonjak kegembiraan.

3. Jangan anggap mengungkapkan kata maaf akan mencalarkan ego anda sebagai lelaki.

Maaf tidak mencalarkan ego anda apatah lagi memalukan. Ungkap sahaja perkataan maaf itu pada isteri anda. Jika mahu lebih romantik, cuba tulis pada sekeping kad, dan letakkan di dalam dompetnya. Cintailah isteri dengan sepenuh hati dengan tidak mengingkar pada perintah Allah SWT.


 
4. Sabar dan bertenang.

Sebagai lelaki yang macho dan gentleman, anda harus matang untuk menguruskan rumah tangga. Tak macho lah kalau isteri menangis tinggalkan dia keseorangan. Apabila terlihat sahaja perubahan drastik isteri seperti mahu merajuk, bertindak lah secara waras dan matang. Jika semua dilakukan dalam keadaan yang marah, pasti akan menyesal dikemudian hari.

5. Mengajak untuk solat berjemaah.

“Sayang, mungkin abang ni banyak sangat dosa, sebab tu sayang susah nak dengar cakap abang, jom kita solat sama-sama..”

Pasti sejuk hati isteri mendengarnya, bukan? Yang paling utama, berdoa bersungguh-sungguh pada Allah untu dapatkan keluarga yang harmoni.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,632 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen