“Itu Lah Jual Mahal Sangat, Kan Sekarang Tak Ada Siapa Nak” – Ikuti Perkongsian Lelaki Ini.

 

Jodoh itu akan tiba apabila tepat waktunya, di mana anda telah bersedia untuk memikul tanggungjawab. Bukan itu sahaja, jodoh seseorang itu akan datang bila-bila masa sahaja, tidak kira lah ketika umur 23, 25, 35 mahupun 40. Apabila dikatakan jodoh itu belum sampai maka anda perlu lah terus berusaha mencarinya. Jodoh setiap orang tidak sama, jadi jangan memperlekehkan seseorang yang belum mempunyai jodoh. Takut-takut nanti jodoh dirinya adalah lebih baik dari anda. Oleh itu mari ikuti perkongsian daripada Amir Syahir mengenai mereka yang masih belum mempunyai jodoh ini.



"Tu la kau memilih sangat. Sampai sekarang tak kahwin lagi”

“Tu la kau jual mahal sangat. Umur dah masuk 3 siri macam ni pun tak kahwin lagi. Orang lain dah beranak pinak dah.”

“Hari tu orang nak kat kau, kau jual mahal. Kan sampai sekarang takde sapa nak”

Bila ada kawan kau yang dah berusia lebih 30 tahun dan belum berkahwin, jangan sindir mereka. Mungkin niat kau nak bergurau tapi sedikit sebanyak mengguris hati mereka.
Mereka bukan memilih dan jual mahal sebenarnya. Mereka memilih calon suami yang betul-betul sesuai dan bertanggungjawab.

Jodoh akan datang pada saat dan masa yang sesuai dan jodoh setiap orang berbeza. Ada umur 20 tahun jodoh dah tiba. Ada usia 40 tahun baru jodoh tiba. Yang penting, kau kena la berusaha cari jodoh.

Mereka risau nanti terburu-buru nak kahwin terpilih calon suami suami yang salah. Kahwin setahun pastu bercerai berai. Kahwin sebulan pastu suami suka pukul, penampar, terajang.

Kau kahwin bukan untuk sehari dua, tetapi untuk melayari bahtera rumah tangga hingga ke Syurga. Perkahwinan bukan sebuah permainan. Kau kahwin, rasa tak bahagia je kau terus angkat kaki.


Tidak salah memilih yang terbaik tetapi jangan pula terlalu mencari yang sempurna. Kerana tiada manusia yang sempurna. Suami bukan malaikat. Carilah suami yang boleh menegur dan menerima kekurangan diri kau seadanya.

Jangan terlalu memilih calon suami yang ada rupa, sado, pangkat dan harta sangat. Belum tentu semua itu boleh menjamin kebahagiaan rumah tangga.

Berdoalah dan berharap agar Allah kurniakan kau pasangan hidup yang baik dan yang boleh sama-sama dengan kau melayari bahtera rumah tangga hingga ke Syurga.

Ramai orang kahwin hari ni. Selamat penganti baru gua ucapkan. Kah!

Kesimpulannya, jodoh setiap orang itu tidak sama. Ada yang datang awal dan ada yang datang lambat. Tetapi yang pasti ia datang apabila diri anda benar-benar telah bersedia.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,864 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen