“Saya Anggap Awak Tak Lebih Dari Kawan..” Bagaimana Untuk Menolak Lamaran Seseorang Yang Anda Tidak Cintai?

 

Di dalam kehidupan, pasti akan berlakunya sesuatu yang diluar jangkaan anda. Anda secara tidak sedar telah memberi harapan pada seseorang dan membuatkan hatinya berbunga-bunga setiap hari. Secara tidak langsung kehadiran anda jugak telah membuatkan si dia berasa semangat malah bibirnya sentiasa mengukir senyuman tersipu malu. (Jika terjadi pada lelaki senyuman sipu meleret).

Tanpa memberi isyarat dan diluar pengetahuan, si dia menghantar rombongan meminang ke rumah anda. Orang ramai pasti mengatakan jika ada yang menghulur cinta, anda perlu sambut dan berkenalan dengan lebih rapat. Namun, anda sebenarnya telah lama mengenali si dia, tetapi hati anda hanya menganggap si dia kawan rapat dan tidak lebih daripada kawan.

JADI, BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENOLAK LAMARAN SI DIA DENGAN CARA YANG BERADAB?



1. Berterus terang dengan baik.

Siapa sahaja tidak terkejut jika anda sedang bersenang lenang di rumah pada hujung minggu tiba-tiba ada orang datang dengan rombongan untuk meminang bukan? Jadi, apabila berlakunya insiden begini berterus-terang dan cuba sampaikan dengan cara yang tidak menyakitkan hati pihak lelaki.

Contoh, jika berlaku situasi begini;

“Saya anggap dia kawan baik saya, tak sangka pula dia ada hati dengan saya. Dia pun tak pernah luahkan perasaan dia pada saya..”

Jangan lah hanya duduk tercegat tanpa penjelasan, pasti keluarga si dia akan berkecil hati.

2. Jarakkan jurang antara anda dengan si dia.

Jika anda dengan si dia satu pejabat dan satu tempat kerja, apabila telah berlakunya situasi di mana didatangi rombongan meminang, jarakkan sedikit jurang antara anda berdua. Bukan untuk menyakiti hatinya, tetapi supaya si dia tahu anda memang menganggap si dia sebagai kawan sahaja. Pasti lama-kelamaan si dia akan dapat menerima situasi tersebut.

Jika bukan satu pejabat, jangan kerap menghubungi si dia atau bermesej. Cuba beri ruang untuk anda sendiri tidak terlalu bergantung pada si dia.



3. Jangan perlekehkan perasaan si dia terhadap anda.

Hati dan perasaan manusia ini tidak boleh disia-siakan apatah lagi untuk diperlekehkan. Jadi anda sudah tahu perasaannya terhadap anda, jika tidak dapat menyambut cintanya, jangan pula hina si dia. Daripada berkawan pasti akan menjadi musuh nanti. Jika mahu kekalkan hubungan sebagai kawan, berikannya ruang untuk bertenang setelah lamaran dan cinta ditolak.

Kuasa Allah SWT ini kita tidak tahu kebesarannya. Mana tahu suatu hari nanti, secara tiba-tiba anda mempunyai perasaan pada si dia. Pasti malu bukan? Oleh sebab itu jika mempunyai kawan baik yang berlainan jantina, pastikan status kalian berdua sebagai ‘Teman Rapat’ diperjelaskan dengan lebih awal, supaya salah seorang daripada anda tidak syok sendiri dan tiba-tiba menghantar rombongan meminang.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 489,063 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen