Panduan Untuk Bahagia Dalam Hubungan, Nampak Mudah Tapi Sukar Untuk Lakukannya.

 

Siapa kata nak bahagia ini susah? Nak bahagia ini senang sahaja, tetapi usaha nak bahagia itu yang susah. Pasangan yang bahagia ini bukan hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha, tetapi kedua-dua pihak perlu saling memberi dan menerima. Tidak mudah dan juga tidak susah. Mari lihat apa yang perlu ada jika hendak satu hubungan itu bahagia.



1. Jangan cuba tukar sikap pasangan.

Terima dirinya seadanya, siapa mereka serta kekurangan diri mereka. Jangan pernah meminta lebih sekiranya anda sendiri tidak begitu sempurna. Kekurangan dirinya harus anda lengkapi dengan kelebihan diri anda. Bukannya memaksa dirinya menjadi orang lain ataupun seseorang yang anda mahukan.

2. Ucap kata maaf.

Apabila melakukan kesalahan, tidak salah sekiranya memohon maaf. Memohon maaf bukan bererti anda kalah tetapi lebih kepada ingin memperbetulkan hubungan tersebut. Tidak salah jika anda memohon maaf atas satu perkara yang anda tidak lakukan. Hal ini kerana, orang yang memohon maaf dahulu adalah pemenang dalam setiap pergaduhan.

3. Percaya kepada pasangan.

Kepercayaan adalah kunci sesebuah hubungan, jangan menuduh satu perkara tanpa usul periksa. Namun di sebalik percaya itu anda harus meletakkan 10% ketidakpercayaan anda terhadap pasangan. Ini untuk anda lebih berhati-hati kepada hubungan anda agar tidak terluka kemudian hari.


4. Abaikan kata-kata orang ketiga.

Apabila anda merasa bahagia terhadap hubungan anda, jangan mudah lalai dengan kata-kata orang ketiga. Mereka ini tidak mahu melihat anda bahagia. Orang ketiga ini buka datang hanya sebagai seorang perampas tetapi sebagai penyebar fitnah.

5. Kurangkan bebelan.

Suka membebel itu adalah tanda anda sangat mengambil berat akan pasangan anda. Anda mahu dirinya lebih berhati-hati. Bukan hanya wanita sahaja yang suka membebel tetapi lelaki juga sama. Jadi untuk elakkan pasangan merasa rimas dengan anda, maka kurangkan lah ia.

Ia kelihatan begitu mudah bukan, tetapi apa anda perlu melakukannya ia akan kelihatan agak sukar. Hal ini kerana, ia akan mengubah segala perbuatan anda kepada pasangan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,864 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen