Mengapa Takut Untuk Jalinkan Perhubungan Jarak Jauh?

 

Perhubungan jarak jauh atau lebih dikenali sebagai PJJ adalah satu perkara yang tidak disukai bagi setiap orang yang bercinta. Biasanya pasangan yang bercinta dari zaman sekolah yang tidak menyukai PJJ ini. Mana tidaknya jika pasangan mereka melanjutkan pelajaran mahu alam perkerjaan yang jauh ia akan membuatkan pasangan yang ditinggalkan itu berasa kesepian. Dan mereka yang pergi pula menjadi rambang mata melihat orang lain.



Namun begitu, terdapat perkara lain yang membuat kekasih mahupun suami isteri jalinkan perhubungan jarak jauh ini. Mari ketahuinya.

1. Takut orang ketiga.

Perkara yang paling ditakuti adalah berlaku curang, sudah pasti ini yang paling utama. Mana tidaknya, saat tiada siapa yang menemani kesunyian di hati, pasti akan ada yang hadir ingin cuba untuk menghiburkan hati. Yang pasangan pula jauh di mata, sudah pasti lah peluang seperti ini tidak akan disia-siakan.

2. Takut akan perasaan rindu.

Tiada siapa mampu untuk mengawal perasaan rindu mereka terhadap seseorang yang dikasihi. Jika dahulu tidak berjumpa sehari sudah tidak tentu arah, bagaimana pula dengan yang berminggu-minggu dan berbulan. Sudah pasti ia tidak mampu ditahan sehingga ada yang mampu mengalirkan air mata.

3. Tiada yang akan menemani anda.

Dahulu, ke mana sahaja pergi dirinya akan menjadi peneman. Anda lebih banyak meluangkan masa bersamanya berbanding rakan-rakan anda. Dirinya ada setiap masa yang anda perlukan. Jika dirinya pergi, sudah pasti anda akan merasa kekosongan.


4. Cemburu melihat dirinya gembira bersama rakan-rakannya.

Apabila berjauhan ini, sudah pasti perasaan cemburu itu akan timbul. Terutama jika melihat dirinya sedang bergembira bersama rakan-rakannya. Sudah pasti akan ada perasaan dirinya seronok tanpa ada di sisi. Ia akan tetap timbul walaupun anda cuba menafikannya.

Hanya kerana empat perkara ini, ramai yang takut jalinkan hubungan jarak jauh. Dan kerana ketakutan itu lah, ramai yang tidak memperjuangkan hubungan itu dengan seriusnya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,484 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen