Memaafkan Bukan Bermaksud Menerima Kembali Kehadirannya, Tetapi….

 

Di dalam hubungan percintaan, memang mudah memaafkan seseorang tapi pasti sukar untuk menerima mereka kembali dalam hidup. Kesan luka yang sukar hilang pasti akan meninggalkan tanda yang dalam. Apabila menerima mereka kembali, takut jika hati terluka kelak.



Belajar untuk memaafkan bekas kekasih, bukan bermaksud perlu menerima kembali cintanya yang lalu. Ia cuma untuk memastikan, kedua-duanya tidak menyimpan dendam malah menyesal suatu hari nanti. Memaafkan adalah kerana untuk memulakan perjalanan yang baru untuk masa akan datang.

Jadi memaafkan bukan bermaksud menerima kembali kehadirannya, tetapi….

1. Dapat mengawal emosi.

Tidak lah anda terlalu mengikut emosi sehingga menjadi murung kerana berpisah dengan bekas kekasih. Dengan kata maaf, anda sebenarnya membuatkan hati anda sendiri dapat menerima takdir Allah. Anda redha dengan ketentuan Allah. Malah anda tahu pasti Allah akan menggantikan yang terbaik suatu hari kelak.



2. Melepaskan diri dari kebuntuan.

Dengan memaafkan dirinya tidak bermaksud anda perlu menerima dirinya kembali. Cuma ia untuk melepaskan diri dari hubungan toksid. Anda perlukan aura positif untuk makanan jiwa anda. Jika terlalu banyak negatif di dalam diri, kelak akan memakan diri sendiri.

3. Menghasilkan aura positif.

Apabila anda memaafkan diri nya, tidak lah anda bakal memberi peluang kedua kepada si dia, tetapi untuk anda sendiri mencari ruang positif. Jika terlalu bersedih kita akan seperti serik dan murung untuk bercinta. Cuba pejamkan mata dan sebut “Saya maafkan awak” dan terima dengan hati terbuka. Lama-kelamaan aura positif akan memenuhi ruang. Jika anda sering membuat perkara sebegini, pasti orang sekeliling juga senang dengan anda.



4. Untuk mempelajari kesilapan dari kisah silam.

Mengapa setiap manusia mempunyai kisah silamnya sendiri? Kerana untuk dijadikan pengajaran dan teladan. Hanya kita sendiri sahaja mengetahui perkara mana yang perlu diambilkan sebagai pengajaran dan buang mana-mana keburukan. Jadi, apabila anda mempunyai kekasih baru kelak, anda tidak akan cuba membuat perbandingan si dia dengan bekas kekasih.

5. Untuk tidak toleh ke belakang.

Seperti point nombor 4, kisah silam untuk dijadikan pengajaran. Jadikan pengajaran tersebut untuk masa hadapan. Jangan toleh ke belakang lagi. Jangan terlalu membayangi kisah silam sehingga takut dengan perkara baru. Jika anda sukar memaafkan bekas kekasih, anda seperti di takuk yang sama dan tidak berbuat apa-apa. Move on sahaja okay!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,186 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen