Walaupun Berbeza Pendapat, 4 Perkara Ini Boleh Membuktikan Anda Dan Pasangan Masih Boleh Bahagia.

 

Ramai yang silap, apabila menganggap pasangan yang tidak mempunyai kesefahaman dari segi pendapat adalah pasangan yang tidak boleh bahagia. Perbezaan pendapat ini akan kerap terjadi pada setiap hubungan. Jadi adakah ia sebenarnya penghalang untuk bahagia? Sudah tentu bukan. Walaupun mempunyai perbezaan pendapat dengan pasangan tetapi kalian masih saling memerlukan, ia akan menjadikan anda sebagai pasangan bahagia. Namun bukan itu sahaja, banyak lagi perkara untuk anda kenali bahawa perbezaan pendapat bukan penghalang untuk bahagia.



1. Dirinya masih menerima anda walaupun ada perkara yang tidak disukainya.

Setiap orang mempunayi sisi yang buruk, begitu juga anda dan pasangan anda. Walaupun begitu, pasangan anda tidak pernah meminta anda untuk mengubahnya demi dirinya. Dirinya selesa apabila anda menjadi diri sendiri, walaupun terdapat beberapa perkara yang dirinya rimas dengan anda.

2. Pergaduhan yang kerap berlaku tapi anda tahu apa puncanya.

Pergaduhan akan kerap berlaku dalam hubungan kalian, tetapi kalian tahu bagaimana untuk mengendalikan pergaduhan itu. Bukan hanya itu sahaja, anda dan pasangan juga tahu punca pergaduhan tersebut dan masing-masing cuba untuk memperbaiki. Anda dan pasangan tidak akan membiarkan salah seorang sahaja yang cuba memperbaiki keadaan.


3. Setiap pergaduhan berakhir dengan senyuman.

Walaupun dalam pergaduhan yang panjang dan memenatkan, kalian tidak akan membiarkan ia menjadi lama. Cuba mencari penyelesaian yang terbaik ataupun salah seorang mengalah kerana memahami sikap masing-masing. Jadi akhirnya pergaduhan itu akan memberikan anda senyuman kerana merinduinya.

4. Tidak membiarkan anda pergi.

Kalian percaya bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, maka bagi kalian perpisahan itu bukan lah satu penyelesaian yang bagus. Untuk apa berpisah sekiranya hati dan perasaan memerlukan antara satu sama lain.

Perbezaan pendapat itu bukan satu halangan, tetapi ia adalah satu ujian yang datang untuk menguji kekuatan hubungan anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,005 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen