Suami Yang Berduit Belum Tentu Boleh Beli Jiwa Isteri.

 

Bila nak berumah tangga, nak pilih suami yang berduit ke nak yang biasa-biasa janji hati bahagia? Tetapi kalau tengok orang boleh beli apa yang dia nak, rasa itu dah cukup puas dan beruntung.

Namun ada sesetengah orang, duit banyak penuh poket pun hati tetap tak bahagia. Sebab tak semua benda kat dunia ini boleh dibeli dengan duit.

Termasuklah soal hati seorang perempuan. Tambah pula kalau dia sudah punya anak-anak dan suami terlalu sibuk sampai nak tumpang bahu letak kepala seminit dua pun ta lepas. Apa lagi nak ajak solat berjemaah bersama dan mengaji al-Quran bersama. Jadi, kalau itu pun tak dapat nak rebut… agak-agak bahagia itu boleh dibeli?

Itu yang jadi banyak kes perempuan makan hati dan mengalami tekanan di rumah.

Cubalah sesekali suami ucap kata cinta, pegang tangan dan dengar apa yang terbuku di hati seorang isteri. Betapa mudahnya buat isteri rasa dihargai dan gemuk hati. Tak payah pun bawa jauh ke negara orang semata-mata nak buat isteri bahagia.



Dan kalau ada masa, bantulah mereka bersama-sama buat kerja rumah. Lagi bagus, sekali sekala ambil anak dan bagi isteri rehat. Tidurkan anak-anak dan curi masa kemas rumah. Percayalah mak-mak cukup suka hati kalau tahu suaminya dah lipatkan kain dalam bakul!

Mudah ke payah? Semuanya terpulang pada suami, nak buat ke tidak.

Isteri Tak Pernah Minta Bayaran

Suami, tolonglah sayangi isteri. Suri rumah atau jenis bekerja, wanita itu tetap perlukan kasih sayang daripada seorang suami. Kadang isteri tolong suami cari duit tanpa harap balasan. Dia jadi bibik 24 jam di rumah. Bibik pun ada gaji dan ada waktu bekerja. Tapi isteri?

Kejap dia isteri jadi tukang masak yang pakar. Apa yang best, masakan mak-mak ini diselit dengan doa dan bersih. Malah setiap hari sebelum pejam mata, ada yang letak tangan ke dahi memikirkan menu baru dan nak masak apa esok hari untuk suami dan anak-anak. Allah… pendek kata, 24 jam dia hanya fikirkan nak jadi isteri terbaik buat suami.



Belum kira pasal uruskan kerja sekolah anak-anak. Kejap jadi cikgu Bahasa Melayu, kejap ajar sains, dan malam jadi Ustazah mengajar mengaji. Punyalah dia dia nak mendidik anak-anak biar ada masa depan. Yang best semua FREE!

Untungnya suami dapat wanita yang hebat dalam rumah tangga.

Wahai suami…

Hargailah pasangan hidup anda, janganlah malu nak meluah kata cinta. Percayalah seorang isteri yang baik tak pernah harapkan harta yang lebih, melainkan dapat suami yang boleh bimbing dia ke syurga dan jadi IMAM dalam solatnya setiap hari.

In shaa Allah, moga penat kaum isteri berbaloi dan bahagia itu bergolek masuk dalam rumah tangganya.

Aamiin.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,717 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen