“Bestnya Dah Kahwin Nanti, Sebab Dah Ada Sayang Disisi…” Jangan Kahwin Sebab Sayang Sahaja, Tapi Tanggung Jawab Tak Buat.

 

Masa di awal perkenalan semuanya mahu diungkapkan, kerana ia memang benar-benar tulus dari hati. Semuanya indah. Perkahwinan juga indah. Bukan untuk menakut-nakutkan bagi mereka yang mahu berkahwin. Tetapi…

PERKAHWINAN ITU INDAH JIKA SUAMI ISTERI TAHU PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MASING-MASING.

Jom lihat antara fikiran pasangan yang mahu berkahwin, tetapi akan berlaku diluar jangkaan…



1. “Dah kahwin nanti, dah tak sunyi, nak tidur pun ada orang disebelah…”

  • Tetapi pasangan akan bakal terkejut kerana salah seorang akan tidur dengan lasak sehingga tidak selesa untuk tidur bersama.
  • Suami pula akan berdengkur sehingga tidak lena untuk tidur.
  • Sorang cepat sejuk, tapi nanti dah tutup kipas, sorang lagi cepat panas.
  • Kadang-kadang bergaduh tak dapat selimut.

2. “Seronoknya dah kahwin, semua benda buat sama-sama…”

Seronok jika basuh baju sama-sama, lipat baju sama-sama, masak sama-sama, basuh toilet sama-sama, kemaskan rumah sama-sama, menonton televisyen pun sama-sama. Tetapi bolehkah anda selepas pulang dari kerja, peluk suami isteri sama-sama, meluahkan perasaan sama-sama tentang kerja pada hari tersebut? Pasti sebaliknya akan berlaku “Penatlah, nak tidur sekejap..”. “Bagi saya rehat okay, stress kat tempat kerja..”

Anda bakal potong mood pasangan jika mood mereka baik dan inginkan perhatian daripada anda.



3. “Harap sikap romantik suami tak berubah seperti awal perkenalan/perkahwinan…”

Manusia mudah berubah mengikut masa dan tempat sekelilingnya. Manusia memang mudah berubah. Jangan cepat menyangka pasangan tidak akan berubah setelah berkahwin. Jangan bezakan zaman bercinta dengan zaman dah kahwin. Ketika bercinta tiada komitmen yang penting mahu diuruskan, tetapi apabila berkahwin. Pening kepala jangan cakap.

Berkahwin ini tidak bermakna anda akan berasa dicintai dan menyintai antara satu sama lain. Kadang-kala pasti aka nada pasang surut di dalam perhubungan tersebut. Pasti satu hari anda akan merasakan kebahagiaan akan hilang, perasaan cinta juga akan surut kerana merasakan diri sendiri yang terlalu banyak berkorban dalam hubungan.

Jadi, jalankan lah tanggung jawab sebagai suami isteri dengan adil. Sama-sama ada rasa keinginan seperti di awal perkahwinan, sentiasa kenali pasangan. Berkenalan bukan sahaja di awal anda bertemu dan bersua muka. Oleh sebab sikap seseorang mudah berubah mengikut masa, jadikan ingin sentiasa mengenali pasangan sebagai hobi anda supaya anda berdua lebih rapat.



 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,571 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen