Masih Berusaha Mencari Jodoh? Jangan Lupa 6 Perkara Ini Untuk Mencari Aura Cinta.

 

Mereka yang sedang berusaha untuk mencari jodoh, sudah pasti melakukan pelbagai kaedah seperti meluaskan pergaulan, memperbaiki diri dari segi mendekatkan diri pada Ilahi dan pelbagai cara lagi. Oleh kerana hanya tertumpu pada fizikal diri sendiri, mereka terlupa pada keadaan sekeliling juga.

Perubahan sekeliling juga amat penting supaya adanya aura cinta di dalam diri supaya jodoh mudah dekat pada anda. Apakah perkara yang anda lupa untuk lakukan perubahan? Jom baca.



1. Katil single.

Anda sudah bersiap sedia mahu bertemu jodoh, tetapi masih lagi enak tidur dengan katil bujang. Terlalu seronok hidup bujang dan tidak tahu bagaimana untuk memulakan hidup berpasangan kelak. Jadi, tukar lah pada katil queen, ia seolah-olah memberi aura pada anda untuk berpasangan.

2. Terlalu banyak barang lama di dalam bilik.

Pandangan anda terlalu biasa dengan barangan lama di dalam bilik malah bersepah. Apa kata mulakan perubahan dengan membuang barang-barang yang sudah tidak berguna lagi. Belilah perabot baru, cat bilik, membeli barang perhiasan untuk memberi kelainan. Pasti aura positif dan cinta itu akan datang.



3. Jangan lupa letakkan aura positif di dalam rumah.

Anda tidak menyangka rumah anda begitu dull iaitu kelam dan sedikit suram. Seperti di dalam bilik sendiri lakukan juga di halaman ruang tamu juga. Tidak lupa di dapur. Rajinkan diri untuk bersihkan satu rumah dan letakkan barang hiasan rumah yang baru. Warna sarung bantal dan langsir juga perlu lah yang lebih terang.

Jika ibu bapa anda pelik dengan kelakuan anda, senyum sahaja. Pasti mereka sendiri akan berasa yakin bahawa anda memang sedia untuk menjemput jodoh di rumah. Eh!

4. Almari yang penuh dengan pakaian yang tidak berpakai.

Kemaskan almari anda, dan basuh pakaian yang tidak boleh dipakai lagi. Pakaian tersebut sedekahkan pada mereka yang lebih berkemampuan, atau buat sahaja car boot sale. Pasti banyak pakaian yang boleh sedekahkan, bukan? Dan ia akan membuat almari anda mempunyai ruang kosong seolah-olah untuk pasangan.



5. Jangan jawab I’m single.

Mereka yang bujang dan berusaha mencari jodoh, cuba elakkan menjawab anda masih single, jika ada yang bertanya. Jawab sahaja “Anda masih mencari dan memberi ruang untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja” Jawapan yang panjang dan menarik, pasti akan membuat jodoh tertarik untuk berkenalan.

6. I’m awesome!

Kata-kata positif sebegini anda perlu terapkan pada diri sendiri dan lebih elok jika anda mempunyai kata-kata azimat untuk setiap hari. Dan jeritlah setiap pagi sebelum melakukan apa-apa kerja. Seperti “I’m Loveable”, “I’m a sunshine”, “I’m in love”… Pasti aura positif itu akan datang sendiri dan jug aura cinta untuk sesiapa yang melihat.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,006 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen