Lihat 4 Perkara Ini Dahulu Sebelum Bersetuju Untuk Berkahwin Dengan Dirinya.

 

Bernikah dan mendirikan rumah tangga merupakan satu keputusan yang terpenting dalam kehidupan. Ramai orang yang mengimpikan hanya sekali sahaja berkahwin. Maka dengan itu, keputusan dalam memilih atau menerima seseorang dalam hidup itu perlu dilakukan dengan berhati-hati. Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan seseorang, terdapat beberapa yang anda harus lihat, perhati dan nilaikan. Perkara ini anda perlu lakukan untuk lebih mudah membaca setiap perbuatan dirinya nanti. Mari ketahuinya.



1. Sikap amarah pasangan anda.

Bukan menyuruh anda mencari seseorang yang mudah marah ataupun yang panas baran. Tetapi anda perlu mencari seseorang yang pernah menunjukkan kemarahannya pada diri anda. Ia bukan marah manja tetapi marah yang sebenar-benarnya. Di mana anda tahu dan lihat dirinya marah serta mengawalnya. Hal ini kerana, jika anda tidak tahu bagaimana sifat amarah pasangan anda, ia akan menyukarkan anda untuk membuatnya bertenang.

2. Status kewangannya.

Kewangan sangat penting pada masa kini. Hal ini kerana, dan wang ringgit ini segala rutin harian akan menjadi lebih selesa serta teratur. Apa yang anda perlu tahu mengenai pasangan anda adalah, berapa banyak hutang yang dimilikinya serta berapa banyak pinjaman bank penah dirinya lakukan. Hal ini kerana, demi mengelakkan anda juga akan terlibat dalam masalah tersebut. Jika anda berkahwin dengan mereka yang mempunyai tanggungan hutang, sedikit sebanyak anda juga akan terkena tempisanya.


3. Melihat dirinya menangis.

Anda pernah melihat pasangan anda menangis? Jika anda pernah melihatnya ia bermakna dirinya pernah merendahkan egonya. Terutama jika dia menangis untuk anda, pasti dirinya sedang merendahkan egonya untuk anda. Maka dengan itu, dirinya ini tidak terlalu memntingkan diri serta egonya. Hal ini kerana, dirinya berpendapat anda juga penting dalam hidupnya.

4. Berkongsi rahsia.

Dirinya telah beritahu semua rahsianya kepada anda? Jika sudah jangan takut untuk memilihnya. Jika belum tunggu sehingga dirinya bersedia. Hal ini kerana, satu rahsia itu berkemungkinan besar mampu melukakan sebuah perasaan dan hati. Adalah lebih baik jika anda mengetahui sebelum berkahwin jika hendak dibandingkan selepas berkahwin. Betul  atau tidak?

Lihat empat perkara dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk berkahwin dengannya. Mengapa perkara ini penting? Ini kerana, selepas berkahwin nanti anda tidak akan rasa menyesal berkahwin dengan seseorang sepertinya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 489,076 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen