Jauhi 4 Perkara Ini Ketika Anda Baru Sahaja Dekati Satu Perkenalan.

 

Ketika dalam tempoh perkenalan ini, semua orang baik lelaki mahupun wanita akan meletakkan serta menunjukkan satu usaha yang gigih untuk mendapatkan perhatian daraipada bakal pasangan mereka. Sudah pasti mereka ini ingin menunjukkan bahawa mereka ini paling layak dan sesuai untuk menjadi pendamping mereka itu. Tetapi dalam usaha yang terlalu gigih itu, ramai yang biasanya terlepas dan terleka dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya sedangkan mereka masih belum bersedia menerima anda. Mari ketahuinya.



1. Selalu memulakan dahulu.

Jangan terlalu kerap untuk memulakan satu perbualan. Nanti dia akan melihat anda sebagai orang yang tertarik dengannya. Ataupun, anda akan kelihatan begitu mengejarnya. Maka dengan itu, cuba untuk tidak mencarinya dengan terlalu kerap. Tidak salah sekiranya anda membiarkan dirinya menghubungi anda terlebih dahulu. Baru lah anda tahu perasaan dirinya.

2. Dedah rahsia peribadi.

Semua orang mempunyai rahsianya yang tersendiri. Begitu juga anda dan juga dirinya. Jangan cuba-cuba untuk dedahkan rahsia anda lebih awal. Melainkan anda dan dirinya telah berada pada tahap perhubungan bukan sebagai kenalan. Hal ini kerana, kemungkinan dirinya akan menghebohkan jika anda dan dirinya tidak menjadi pasangan kekasih satu hari nanti.

3. Letakkan harapan yang tinggi.

Anda sememangnya inginkan seseorang menjadi pasangan anda. Tetapi itu tidak bermakna anda boleh memilih meletakkan satu harapan yang tinggi pada tempoj perkenalan anda. Jangan terburu-buru dalam meletakkan perasaan anda. Cuba untuk lebih tenang dan santai baru lah anda boleh melihat dirinya yang sebenarnya.


4. Tunjukkan perasaan cemburu.

Setiap orang mempunyai perasaan cemburunya, tetapi itu tidak bermakna anda boleh tunjukkan pada si dia mengenai sikap cemburu anda itu. Anda perlu tahu bahawa anda dengannya masih berada dalam tempoh perkenalan bukannya percintaan. Jika anda lakukan hal ini, tidak mustahil dirinya hilang minat terhadap anda.

Pada tempoh ini anda seharusnya lebih berhati-hati untuk mencuri hatinya. Tempoh perkenalan bukan bermaksud anda harus begitu menunjuk siapa diri anda sebenarnya. Kadang kala ia lebih baik untuk simpan sedikit demi tujuan sebenar.


 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,253 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen