Bercinta Selepas Berkahwin Kini Sudah Tidak Relevan?

 

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai satu perkongsian di laman twitter mengenai percintaan selepas berkahwin, namun perkahwinan itu hanya mampu bertahan selama dua bulan sahaja. Sedangkan mereka berkahwin bukan kerana paksaan malah suka sama suka. Menurut perkongsian itu, lelaki terbabit tidak menunaikan tanggungjawabnya selama tempoh pernikahannya.



Mungkin kerana tidak sanggup melihat keadaan isterinya, lelaki terbabit telah memberitahu punca sebenarnya mengapa dirinya berkahwin. Rupa-rupanya, niat lelaki itu berkahwin dengan isterinya adalah kerana mahu menutup aibnya serta mahu kelihatan normal oleh keluarganya.

Jadi, adakah ini yang menjadikan bercinta selepas nikah ini sudah tidak releven?

Sebenarnya bercinta selepas bernikah ini masih lagi releven, cuma dalam pemilihan calon suami atau isteri itu, harus lah lebih berhati-hati. Hal ini kerana, kita tidak tahu tujuan sebenar mengapa seseorang itu ingin bernikah dengan kita. Cuba jangan terlalu taksub inginkan kebahagiaan bercinta selepas nikah sehinggakan akhirnya maruah sendiri yang tergadai. Pemilihan itu harus berhati-hati dengan melakukan solat istikarah untuk mendapatkan petunjuk darinya.


Selain itu juga, jangan terburu-buru. Apabila anda mula mengenali seseorang, jangan terus meletakkan harapan pada si dia. Mula untuk berkenalan sebagai rakan dan bukannya pasangan kekasih. Kenali dahulu hati budinya perbuatan dan tutur katanya. Namun pada masa yang sama teruskan berdoa kepada Allah s.w.t agar diberikan petunjuk sama ada dirinya jodoh anda yang sebenar.

Tidak lupa juga untuk selidik dahulu akan latar belakangnya. Jangan hanya mengetahui dan berkenalan rapat dengan ahli keluarganya sahaja. Tetapi cuba berkenalan dengan orang disekelilingnya. Sebagai contoh, kenalannya seperti rakan sepejabat serta sahabat baiknya. Jangan merasa ragu-ragu untuk melihat laman sosialnya. Anda perlu ketahui siapa disekeliling bakal pasangan anda.

Bercinta selepas berkahwin itu sememangnya menyeronokkan, tetapi anda perlu tahu bahawa pada masa ini ramai orang yang tidak boleh dipercayai dengan mudah. Hal ini kerana, mereka ini mampu menyembunyikan niat mereka dengan baik. Maka sebelum mengambil apa-apa keputusan, adalah lebih baik untuk anda lebih berwaspada.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,834 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen