Suami Punca Pahala Kepada Isteri, Isteri Pula Punca Rezeki Kepada Keluarga. Jadilah Suami Isteri Yang Saling Melengkapi.

 

Sering kita mendengar isteri yang tidak taat pada suami, adalah isteri yang derhaka pada suami. Tetapi suami yang tidak melunaskan urusan nafkah zahir dan batinnya pada isteri, adakah dia digelar sebagai suami yang derhaka? Lelaki ini telah derhaka pada Allah SWT sebenarnya.



Isteri akan mendapat pahala dan ke syurga jika lakukan 4 perkara iaitu melakukan solat 5 waktu, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kehormatan diri dan taat pada perintah suami. Isteri yang taat pada suami adalah kerana amalan si suami yang menyenangkan hatinya selagi tidak melanggar syarak.

Jika suami sering menyenangkan hati isteri dan manjakan mereka, pasti rezeki juga mudah melekat. Jom lihat amalan si isteri yang ada kebaikan dari segi psikologi dan saintifik…

1. Isteri salam dan cium tangan suami

Isteri yang salam, cium dan peluk suami selama 10 saat setiap pagi menghasilkan banyak “hormon endorfin”. Hormon endorfin ini dapat membantu isteri turun berat badan dan mengurangkan keresahan. Tak perlu ubat atau tahan lapar kalau nak kurus, beri suami sentuh anda dah cukup. Lebih kerap lebih baik, kurus dapat pahala pun dapat.



2. Isteri yang seperti belangkas.

Jika sebelum berkahwin, wanita akan menjadi terlalu clingy dengan pasangannya. Jadi setelah berkahwin jangan lepaskan peluang untuk tidur di bawah ketiak suami kerana adanya Hormon Bau Phero yang dapat melepaskan stress. Malah jangan lupa mandi bersama kerana ia adalah sunnah dan dapat pahala, disamping dapat membuat jantung lebih sihat.

3. Tidak tahan kentut depan pasangan.

Suami isteri yang saling melengkapi tidak kisah kentut depan pasangan. Suami akan jadi yakin jika kelakuan tersebut dilihat oleh isteri untuk pertama kali lalu si suami yakin untuk berkompromi dalam apa juga segala hal. Suami isteri merasa lebih bebas melakukan apapun. Kerana hubungan yang sihat dalam keluarga asasnya adalah ketulusan dan kepercayaan.



4. Suami peluk dan cium pipi isteri.

Lakukan lah sesuatu perkara yang membuatkan isteri senang dan tenang terutamanya dari segi emosi seperti memeluk dan mencium mereka. Perkara ini akan membuatkan si isteri bersemangat untuk melakukan urusan rumah tangga tanpa rasa penat kerana mendapat perhatian yang secukupnya dari suami.

5. Solat berjemaah selalu.

Dan yang paling penting adalah melakukan solat jemaah yang kerap. Jika si suami lupa, ingatkan lah mereka untuk solat berjemaah. Bukan sahaja si isteri mendapat pahala, ia juga menjamin untuk masuk ke syurga bersama. Solat berjemaah juga mengeratkan silaturrahim dan buat isteri lebih taat dan setia pada suami yang memimpin mereka ke jalan Allah.

Suami layanlah isteri macam RATU, barulah rezeki yang datang macam RAJA. Setiap pagi bagi isteri anda ketenangan, kekuatan dan semangat dengan pelukan dan ciuman di pipi mereka.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,996 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen