“Kerja macam tu je? Boleh ke sara anak dara orang?...”Apakah Yang Akan Terjadi Jika Terlalu Memperkecilkan Kelemahan Pasangan? Jom Baca.

 

Tidak semua pasangan itu mengecapi bahagia walaupun di awal perkenalan. Apabila hati sudah sayang, sanggup bersama dan tidak mahu berpisah untuk mengharungi cabaran hidup. Mungkin bagi sebahagian daripada mereka, ia adalah cabaran hidup jika memiliki pasangan yang bergaji kecil, pekerjaan yang tidak stabil atau selalu bertukar, tidak mempunyai harta yang mencukupi dan pelbagai kesusahan lagi.



Jika bukan kita sendiri yang secara tidak sedar memperkecilkan kelemahan pasangan, mungkin ia berlaku dengan pandangan orang ramai. Ramai yang cuba memberi ancaman dan mengatakan anda tidak layak untuk berdamping dengan pasangan oleh kerana hal-hal kekurangan tersebut.

Secara tidak langsung, jauh dalam sudut hatinya pasti akan berlaku seperti berikut…

1. Si dia akan menjadi terlalu rendah diri.

Jika selama ini si dia rendah diri dengan kelemahan yang dimilikinya, tetapi kini dia merasakan dirinya terlalu kecil dan terpencil. Si dia menganggap seperti dirinya tidak memiliki kelebihan dan merasakan tidak pernah melakukan kebaikan. Jika dia tidak mendapat sokongan daripada orang yang disayangi dan dicintai, pasti akan mudah jatuh sakit dan murung.



2. Si dia akan berasa malu berada di kelompok anda.

Si dia seperti berasa segan untuk berjumpa dengan orang yang rapat dengan anda. Ini kerana si dia tiada kisah yang menarik ingin dikongsikan daripada rasa rendah dirinya yang keterlaluan. Dengan perasaan malu dan segan sebegini, pasti di dia akan merasakan dirinya seperti digelakkan oleh orang ramai kerana tidak bersesuaian untuk berdamping dengan anda.

3. Si dia akan merasa dendam.

Kemudian si dia akan menyimpan perasaan dendam pada sesiapa sahaja yang cuba untuk memperkecilkan dirinya. Dia lebih suka memendam perasaan tentang dendamnya, dan hidup semakin tiiada hala tujuan.



4. Mula terbit perasaan benci pada diri sendiri.

Bukan sahaja menyimpan dendam pada orang yang memperkecilkan kelemahannya, malah mula terbit dari dalam hatinya untuk membenci dirinya sendiri. Terutamanya jika seorang lelaki memiliki pasangan yang mempunyai wajah yang biasa-biasa dan tubuh badan yang agak berisi. Pasti mereka mula benci pada diri sendiri.

5. Mula menjauhkan diri dari orang ramai termasuk anda.

Tanpa anda sedari si dia mula menjauhkan diri daripada anda sendiri. Mungkin anda merasakan si dia selesa jika tidak berada dalam kelompok yang terlalu ramai. Jika anda berfikiran sebegitu, anda silap! Komunikasi lah dengan mereka, dan tanya tentang dirinya. Apa yang anda boleh lakukan untuk menolong dirinya. Pasti si dia dengan rela hati untuk berkongsi, jika orang yang dia sayang mengambil berat.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,496 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen