Jadilah Diri Sendiri Ketika Bercinta, Jika Si Dia Dapat Menerima, Itu Mungkin Petunjuk Jodoh.

 

Ketika hati mula terbit suka dan minat pada seseorang, pasti kita cuba untuk menjadi terbaik untuk si dia. Malah sanggup berubah gaya yang diminatinya. Pasti kita akan merisik daripada sahabat si dia, ciri-ciri wanita idaman, apa yang dia tidak suka, makanan kegemaran, muzik kegemaran dan semua yang dia suka.

Dan kita sanggup lakukan apa yang si dia suka, supaya dia lebih dekat dengan kita.



“Awak suka saya sebab apa?”

“Sebab awak pandai masak…”

Padahal bukan anda sendiri yang memasak untuk si dia, tetapi minta tolong dari rakan, ahli keluarga atau paling mudah beli di kedai sahaja. Jika anda tidak pandai memasak, adakah si dia akan menjauhkan diri? Adakah dengan cepat si dia tidak suka pada anda? Adakah si dia akan memburuk-burukkan anda?

Jika benar itu yang si dia lakukan, berkemungkinan dia bukan lah jodoh yang tepat. Jika si dia benar jodoh anda, pasti dapat menerima segala kekurangan anda, dan akan memberi semangat untuk belajar memasak bukannya menyindir. Jika dengan gaya sindiran itu si dia gemar mengusik, dan menghebahkan pada orang ramai, pasti si dia bukan lah seorang yang boleh hormat pada orang lain.

Anda rasakan mungkin dengan peribadi anda yang pelik, tiada siapa akan mendekatkan diri pada anda. Terutama orang yang anda suka dalam diam. Setiap orang pasti mempunyai perangai yang pelik, dan hanya seorang yang akan membuka mata untuk melihat perangai pelik itu.

Jika anda tidak suka pada kucing, malah mempunyai alahan jangan lah mengambil risiko dengan membela kucing tersebut semata-mata untuk memikat hati si dia. Di setiap kekurangan, pasti ada kebaikan dan kelebihan yang anda memiliki. Jika merasakan anda tidak mempunyai kelebihan tersebut, pasti seseorang yang disebut sebagai jodoh itu yang hanya dapat merungkai segalanya.



Anda rasa anda tidak cantik, tetapi suka menolong orang yang tidak berkemampuan…

Anda tidak suka pada anak-anak kecil, tetapi anda bukan seorang yang kasar pada binatang…

Anda tidak suka bersukan, tetapi anda suka memasak dan menjahit…

Anda tidak suka memakai mekap, tetapi anda tetap menjaga penampilan…

Anda tidak mempunyai pekerjaan yang boleh membanggakan, tetapi anda tidak pernah pula membebankan pada ibu dan ayah…

Menjadi diri sendiri itu tidak berdosa, malah akan membina keyakinan supaya orang sekeliling menerima anda termasuk si dia. Ketika ini lah anda perlu sayangi diri anda dahulu, dan terima kekurangan sendiri, supaya si dia sedar, anda ini amat berharga. Amat unik dan sangat beruntung jika sesiapa memiliki anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,767 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen