Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk, Bagaimana Rupa Mereka Ya?

 

Biasa yang sudah sedia maklum wanita ini lebih mudah untuk merajuk jika hendak dibandingkan dengan lelaki. Bukan itu sahaja, mereka ini juga dikatakan terlalu sensitif, sebab itu sikit-sikit merajuk. Tetapi bagaimana dengan orang lelaki ini? Mereka tidak merajuk ke? Sudah tentu lah mereka ini akan merajuk, sebab mereka ini juga ingin dapatkan perhatian daripada orang yang mereka sayangi. Bagaimana tanda-tanda orang lelaki merajuk? Mari ketahuinya.



1. Diam seribu bahasa.

Perkara yang paling mudah untuk mengenali lelaki yang merajuk ini adalah apabila mereka ini diam seribu bahasa. Mereka tidak mahu bercakap dengan anda, mereka juga kadang kala akan membalas pertanyaan anda dengan sepatah kata. Bak kata orang sepatah di tanya sepatah lah dia jawab. Mereka melakukan ini untuk menunjukkan bahawa dirinya sedang merajuk.

2. Buat tak tahu dengan pasangan.

Apabila ditanya dia senyap, segala perkara semuanya senyap sahaja. Ini juga merupakan tanda dirinya sedang merajuk dengan anda. Mereka ingin menyatakan bahawa dirinya merajuk tetapi pada masa yang sama mereka masih mengekalkan ego dan air muka mereka. Sebab itu mereka senyap sahaja.

3. Mogok untuk tidak makan.

Apabila tahu dirinya mungkin berkecil hati dengan kata-kata anda, maka anda pun masak makanan kegemaran mereka. Namun dirinya pula tidak mahu menjamah sedikit pun masakkan anda. Ini juga merupakan salah satu tanda diri merajuk. Mereka ini akan berpura-pura untuk tidak makan dan menolak makanan anda kerana mahu menunjukkan bahawa dirinya sedang merajuk dengan anda. Ha, cepat-cepat lah pujuk.


4. Bermasam muka.

Jika sebelum ini dirinya senyum dan mudah bergurau dengan anda, tetapi kali ini tidak. Dirinya hanya bermasam muka walaupun anda telah memberikan senyuman yang manis pada dirinya. Bukan itu sahaja, dari segi perbuatan ia kelihatan biasa-biasa sahaja, tetapi sebenarnya dirinya sedang merajuk tetapi malu untuk mengakuinya.

5. Tidak jawap panggilan.

Dirinya tidak membalas mesej anda, tidak menjawap panggilan telefon serta mematikan telefon bimbitnya. Tidak lain tidak bukan dirinya sedang merajuk dengan anda. Sebab itu dirinya tidak mahu diganggu oleh anda. Jika dirinya menjawap panggilan itu, maka tidak jadi lah dirinya merajuk. Sebab itu mereka menjauhkan diri dari anda.

Apabila anda melihat kelakuan-kelakuan ini pada teman lelaki mahupun suami anda, tidak perlu untuk bertanya untuk membuat dirinya mengaku. Hal ini kerana, dirinya tidak akan mengaku bahawa dirinya sedang merajuk. Jadi lebih baik anda pujuk sahaja dirinya. Jangan biarkan lama-lama, nanti anda yang rugi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,638 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen