Mengapa Wanita Lebih Mudah Memaafkan Orang Yang Mereka Kasihi?

 

Wanita kerap kali dikatakan insan yang lemah yang kerap kali akan terluka dan tertipu oleh satu perkataan sayang yang disangka sebenarnya ikhlas untuk dirinya tetapi sebenarnya tidak. Walaupun sering dilukakan dan disakiti, seorang wanita mampu memaafkan segala apa yang pasangan mereka lakukan, namun begitu mereka sudah pasti tidak mampu untuk melupakannya. Tetapi mengapa mereka ini mudah untuk memaafkan orang yang mereka kasihi?



Apabila pasangannya melakukan kecurangan, wanita sememangnya akan menangis tetapi di akhirnya nanti dirinya akan tetap memaafkan pasangannya itu. Mengapa mereka melakukan itu sedangkan mereka ini boleh mendapatkan kebahagiaan yang lain?

Wanita ini mempunyai sifat ingin bergantung serta mempunyai sifat ingin berlindung dari seseorang yang mereka percayai. Walaupun dirinya dilukakan, tetapi dirinya masih lagi mempercayai pasangannya itu. Sebab itu dirinya memaafkan kesalahan pasangannya. walaupun mereka ini kelihatan cekal dan mampu mendiri tetapi ia telah menjadi satu sifat semula jadinya yang inginkan pelindungan dari seseorang.

Mereka ini juga sebenarnya kuat berbanding orang lelaki. Jika dari luarannya mereka ini kelihatan lemah dan mudah terpedaya, tetapi dari dalamannya mereka ini sangat kuat dan cekal. Jika tidak bagaimana seorang ibu tunggal mampu bertahan dan berjuang untuk membesarkan anak-anak mereka tanpa suami di sisinya. Bagaimana jika lelaki yang menjadi bapa tunggal? Sudah pasti mereka ini akan berusaha mencari seseorang yang mampu menjaga anak-anak mereka, walaupun tidak kesemuanya begitu.


Bukan itu sahaja, mereka ini juga memiliki ego yang tidak sepeti lelaki. Di mana mereka ini mampu mengawal ego mereka dengan baik. Apabila mereka menyayangi seseorang, mereka akan sanggup membuang mahupun merendahkan ego mereka demi orang yang mereka sayangi. Jika hendak dibandingkan lelaki sudah pasti mereka sanggup kehilangan berbanding ingin mempertahakan hubungannya.

Di samping itu juga, ciri wanita yang dijadikan Allah berbeza dengan lelaki turut menjadi faktor mengapa wanita mudah memaafkan seseorang itu. Walaupun wanita berjiwa sensitif berbanding lelaki, mereka mempunyai sikap yang tabah dan kesabaran tinggi serta jarang membuat keputusan melulu ketika membuat pertimbangan sesuatu perkara.

Kesimpulannya, wanita sememangnya mudah untuk memaafkan tetapi mereka ini pasti sukar melupakan apa yang pernah melukakan hatinya. Seperti kata-kata orang, memaafkan itu mudah tetapi melupakan itu perlukan masa yang lama.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,757 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen