Tanda-Tanda Teman Wanita Terlalu Mengikut Emosi, Dan Cara Untuk Atasinya.

 

Majoriti lelaki pasti suka pada wanita yang manja, sopan-santun, berkata-kata lembut malah gelak ketawa pun sambil menutup mulut. Tetapi wanita sebegini kebanyakannya adalah seorang yang sensitif dan beremosi. Berbanding dengan wanita yang tegas, garang dan lantang bersuara, adakalanya mereka lebih bijak mengawal emosi supaya ia tidak mempengaruhi minda.



Jadi, setiap wanita itu pasti ada kekurangan dan kelebihan bukan? Hanya lelaki yang bertuah sahaja mampu untuk mengawal emosi wanita ini.

Jom ketahui tanda-tanda wanita yang terlalu mengikut emosi adalah…

  • Tidak boleh bergurau, pasti mudah berasa sentap.
  • Tidak boleh kena marah atau kritik.
  • Mudah menangis dan kerap merajuk.
  • Sering melayan perasaan berseorangan, kerana merasakan semua orang di sekelilingnya tidak memahami dirinya.
  • Tidak boleh terima nasihat atau teguran.

Ramai lelaki yang tidak tahu bagaimana untuk menguruskan hal emosi wanita ini dengan betul. Apa yang mereka lakukan adalah memberi ruang pada wanita itu untuk bertenang, dan akhirnya bertanyakan “Awak dah okay belum?”. Percayalah pasti mereka akan menjawab “Awak ingat saya okay ke, bila awak buat tak tau dengan saya?” Parah!



Jom lihat cara untuk mengatasinya dengan betul…

1. Terima mereka dengan seadanya.

“Jika dah sayang, terima sahaja lah” Janganlah berkata-kata begini, kerana wanita akan membuat andaian anda seperti terpaksa sahaja untuk menyayangi mereka. Anda harus sedar, di sebalik emosi mereka, pasti ada kebaikan yang banyak mereka telah lakukan. Tidak semua orang itu sempurna. Tanggung jawab anda sebagai lelaki adalah menerima mereka seadanya, bijak mengawal emosi mereka, dan mendidik mereka untuk mengawal emosi. Bukan anda juga turut beremosi, okay!



2. Kenal pasti punca si dia beremosi.

Wanita lebih gemar berbual dan meluahkan perasaannya. Mereka boleh bercakap tanpa henti tentang perasaannya. Jadi sebagai lelaki yang gentleman pastikan anda mendengar apakah punca si dia menjadi begitu sensitif dan mudah sentap. Biarkan si dia meluahkan segalanya, jangan biarkan dia memendam perasaan yang akhirnya membuat hubungan semakin goyah.

3. Elakkan membuat si dia marah.

Ketika si dia sedang beremosi jangan lakukan perkara yang dia tidak suka. Perkara yang bakal membuat mereka sentap dan marah. Elakkan membuat jenaka yang tidak lawak dan akhirnya si dia meluat dengan lawak tersebut. Elakkan menyebut perkara yang berkaitan dengan fizikal mereka contoh..

“Alaaa comelnya dia merajuk, macam teddy bear..”

Dengar sahaja perkataan ‘teddy bear’ tersebut pasti si dia akan mengatakan “Awak nak cakap saya gemuk ke?” Ya, hati dan perasaan wanita ini sangat merumitkan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,117 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen