Dasyatnya Doa Dari Seorang Isteri Yang Solehah.

 

“Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”(Al-Mu’min: 60)

Ayat Al-Qur’an dia atas telah perjelaskan bahawa Allah akan makbulkan doa seseorang yang sentiasa beribadat pada-Nya tidak kira siang dan malam. Terutama seorang isteri yang mahu mencari keredhaan di dalam perkahwinan lalu tidak lupa untuk sentiasa beribadat. Isteri yang baik sentiasa mendoakan keharmonian di dalam rumah tangga.

Isteri yang baik dan taat pada suami yakni seorang yang solehah adalah sebaik-baik perhiasan di dunia. Antara ciri-ciri isteri yang solehah adalah patuh pada suami, memiliki penuh dengan kasih sayang di dalam dirinya, tidak berbuat zina dengan lelaki lain, dan menjaga aib/rahsia si suami.

Isteri solehah adalah penyambung bagi seorang suami untuk saling menyempurnakan dan saling melengkapi. Doa seorang isteri solehah adalah kekuatan dan mendorong seorang suami untuk berjaya di dalam hidup, di dunia mahupun akhirat. Apabila seorang isteri sentiasa mengamalkan doa pasti dapat membuka pintu limpahan dari Allah SWT.



Rasulullah SAW bersabda;

“Sesungguhnya, Doa yang segera dikabulkan oleh Allah adalah Doa seorang (istri) kepada orang lain (suami) yang tidak berada di tempat yang sama (berjauhan).” (HR.Tirmidzi)

Seperti kisah seorang pelakon Saharul Ridzwan, yang mengatakan isterinya benar-benar mahu untuk pergi ke masjid bersamanya dan mendengar ceramah di awal perkahwinan.

“Hari ni sepatutnya saya shooting, tapi cancel last minit, kemudian ada tahlil arwah kawan baik wife saya di Masjid, katanya lepas Maghrib, tapi Imam buat lepas Isyak. Sementara itu, kami dengarlah ceramah sama-sama….”

“Selepas hampir nak 2 tahun doa itu, maka Allah makbulkan pada hari ini iaitu 1 Zulhijjah 1439 walaupun dengan 'asbab' yang lain. Jadi doa saya hari ni pulak, saya dan isteri dapat dijemput Allah untuk tunaikan HAJI sebelum umur kami 40 kalau dipanjangkan umur. Amin, InShaaAllah… Sesungguhnya Allah itu Maha Perancang dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.”-Saharul Ridzwan (MW)-



Dan perkongsian dari Encik Matt mengatakan…

“Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini. Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?...

Bicara dan mengadulah kepada Allah. Mengadu dengan penuh linangan air mata, dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan….

Sambil masak doa untuk suami, sambil basuh baju doa untuk suami. Sambil pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami,bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata….

Wahai yang bergelar isteri,bangunlah untuk 2 rakaat doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:

“Ya Allah ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. Ya Allah ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintahMU. Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.' Isteri antara syurga atau neraka buat suami’.”

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,809 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen